Wednesday 23 May 2012

GRAN TURISMO 5 -The Real Driving simulator

GT5 spec II PS3 box art cover
 Salam apa khabar semua gamers-gamers di Malaysia?dah lebam biji mata main games sepanjang cuti ni?Kali ni gua nak cerita game PS3 yang gerenti korang familiars iaitu Gran Turismo 5 atau GT5.Ianya merupakan game racing,semua maklum GT5 merupakan game Polyphonic yang mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam hati gamers-gamers yang tegar termasuk aku.Di PS3 ada beberapa title GT5 yang keluar contohnya GT5 prologue,GT5 Platinum,GT5 specs II,kebanyakan semuanya sama cuma ada beberapa features dan beberapa perkara yang berlainan sikit.Tapi aku nak review ni secara umum ok.tapi kalau korang nak main games ni dengan senang tak yah nak pening jadi korang beli je GT5 specs II sebab ni adalah yang terlatest sekali disamping penambahan DLC yang siap sedia untuk korang main,jadi tak perlu beli kat PS3 store sebab dengan pass code yang diberi tu korang boleh redeem terus DLC tu.
Tak banyak 'Menu'yang berubah dalam GT5 dari segi gameplay,ada Arcade,kita ada Carrier mode,ada lesen,community,lepas tu kena tuning kereta bagi 'power' giler kat Tuning shop,GT5 kalau takda tuning shop bukan GT5 namanya hehe..lepas tu kita ada Dealership dan Used car untuk korang yg nak beli kereta 2nd hand,selain dari tu kita jugak masih ada maintenance shop untuk tukar minyak hitam,untuk cat kereta,cuci kereta,tukar rims,buat modification kepada racing,dan macam-macam lagi la.kemudian lebih banyak racing event yang korang perlu sertai dan beberapa lagi features yang menarik.Satu perkara yang aku nak cerita tentang bestnya tuning shop ni sebab betapa detail diorang buat sampai clutch plate,ekzos sistem manifold pun ada boleh kata dari segi sekecil-kecil tuning hinggalah ke tuning yang besar macam enjin dan gedabak gearbox tu,,peehhh apa korang nak lagi..jadi pengemar tuning apa yang korang nak lagi?

Seperti kebanyakan games racing,tentu yang menjadi perhatian ialah kenderaan yang terdapat dalam game racing tu.Polyphonic telah mendapatkan lebih kurang 50 lesen pengeluar kereta dari seluruh dunia,kita ada
Mercedes,Bimmerworld,Ford,Toyota,Daihatsu,Suzuki,Mitsubishi,Subaru,Ford,Lexus,Audi,Volkswagen dan banyak ler lagi letih aku nak menyenaraikannya.Kalau dari segi Track&course pulak aku rasa korang mesti familiar dengan High Speed Ring(track wajib dalam GT)Autumn Ring,Daytona Laguna Seca,ishh memang banyak juga,termasuk track yang hebat dari seluruh dunia pun ada dimasukan dalam GT5 kali ni.Apa yang pasti setiap track pasti akan menduga dan mencabar tahap skill dan kecekapan korang.
Bimmerworld
Selain dari pelbagai jenis brand kereta yang mengancam,grafik dalam game ni memang "VAV" la aku tengok,sebab dengan resolusi 1080pi(satu-satunya game PS3 yang ada resolution tinggi) kehalusan kereta tu memang terserlah cantiknya,banyak dan jauh perbezaan dalam game GT sebelum-sebelumnya.Memang nampak sangat peningkatan dari segi grafiknya.Track pun diorang -redrawn balik bagi nampak kemas dan view pun nampak indah.
Drifting mengunakan Alfa Romeo pun boleh tahan gak
Sound memang aku respek,banyak lagu jazz,slow funky dan disco-beat semasa racing dan begitu juga semasa menu option,memang sedap didengar.Cuma kalau korang fans Mawi memang kecewa sebab lagu Mawi memang takda hahaha....aku respek jurutera bunyi Polyphonice sebab tak kering kering idea buat lagu-lagu ni.Selain dari tu bunyi enjin kereta memang cukup real dengan kereta sebenar,aku boleh kata 98% memang real,lepas tu korang boleh dengan enjin turbo masa angin dilepaskan dengan jelas sekali,bunyi masa masuk gear memang detail.Aku rasa game GT5 ni la game racing yang mempunyai koleksi bunyi kereta yang real hehehe..bunyi tayar masa drift kat selekoh dengan asap-asap pun ada.
Tarck nurburgring memang mencabar skill
Evo X aku race dengan member masa online,makan asap aku.

Online game memang best dalam GT5,multiplayer online memang tak menghampakan memandangkan GT5 region free,so memang senang nak cari event atau racing,macam kita semua ni dari malaysia,aku tengok memang berlambak server korang boleh join untuk race,jangan risau lagg dan ping amat rendah sekali paling kurang 3 bar,kira orait jugak tu,,banyak jugak player asia tengara yang main so kemungkinan besar untuk bermain memang senang.Boleh kata online game memang tip top kalau korang nak main.banyak player yang 'Open' race korang tak kan rasa boring nak join sebab hari hari je aku tengok ada je player dari malaysia yang main,so korang join sahaja server diorang tu.
US muscle car pun tak ketinggalan

Gambaran dari dashboard,memang real
Ok GT5 ada mengeluarkan DLC(downloadable content)di PS3 store untuk membuatkan ianya lebih menarik,dengan menambahkan lebih kurang 20 biji lagi kereta,tambah lagi 2 track,50 paint job,dan beberapa lagi barang percuma untuk players.Dengan menaik taraf games ni dari segi online dengan event yang menarik sepanjang minggu aku jamin korang pengemar game racing memang wajib beli.GT5 memang tak ada jalan cerita macam game Need for Speed dan game-game racing yang lain tapi saper nak peduli yang penting kita nak race dan beratus-ratus koleksi kereta,haha ambik ko!So nasihat aku korang beli la game racing GT5 memang berbaloi sebagai koleksi disamping ianya memang menarik untuk dimainkan,,ye la tak merasa nak pakai mercedes,BMW,nak pakai evo tak da duit so dapat main dalam games pun jadi la hehe,ok guys enjoy games korang aku chow chin chau dulu,jumpa lagi dalam next review aku.




ORIGINALITY 3/5
 Menyambung tradisi dari generasi sebelumnya,cuma menambah baikan dari segi kelancaran dari kelicinan permainan,online playing yang lebih lancar,diorang upgrdae dari segi grafik,sound enjin,tapi tak banyak berubah dari segi gameplay,

AUDIO/GRAFIK 4/5
Cantik,marvellous,tip top bayangkan kalau keluar PS4 mcm mana lak grafiknya..walaupun keadaan track nampak macam sunyi tak riuh rendah nampak kosong tapai developers pandai mengisi ruang dengan grafik alam yang kena dengan alam semulajadi,view pun cantik.sound kalau korang pakai headset lagi mengancam jiwa,melelh telinga.

MULTIPLAYER/ONLINE 5/5
Upgrade 2.0 dari sebelumnya diorang menjadikan online game lebih mudaj dan senang,aku boleh kata online game lagi ramai orang main dari main sorang dengan AI .disamping banyak player Asia yang minat sama lagi senang cari game.

KETAGIHAN 4/5
Memang ketagih giler,aku bukan suka-suka cakap sebab,developers pandai mengumpan supaya korang kena log on hari-hari untuk mendapatkan hadiah-hadiah 'event' yang diberi percuma disamping experience log on kalau korang non stop log on dapat experience tambahan sebanyak 200% (termasuk hadiah kemenangan credit).

KESELURUHAN 5/5
Game racing yang perfect unutk semua player yang mengemari genre ni.Memang layak dapat title game real driving simulator sebab ianya memang simulasi driving,dari tahap tuning hingga skill driving semua ada dalam game ni,so beli lah dan banggalah kerana anda adalah seorang true racer jika anda bermaian game ni.

2 comments:

  1. Salam bro,tu pang tanye klu2 bro boleh tolong.skang ni mane nak cari kedai Jual cd2 game PS3 ?paling penting gt5 ..tq bro

    ReplyDelete
  2. wslm bro senang shj.kalau bro nak beli online kebanyakan semua kedai games sekrang boleh beli terus online.tp kat sini saya bagi link antara top kedai yg selalu saya pergi beli

    1.kalau bro area johor bahru pergi kedai dia ni
    https://www.facebook.com/impulsemegastore

    2.area subang jaya
    https://www.facebook.com/Heavyarm412

    3.petaling jaya
    https://www.facebook.com/Heavyarm412

    ReplyDelete