Thursday 5 January 2012

PREVIEW GAMES 2012

Salam tahun baru semua,apa khabar kepada gamers-gamers Malaysia sekalian,apa macam?dah habiskan semua games-games korang tahun lepas,hehehe,harap-harap korang dah menangkan semua game tu.Sebab tahun ni kita semua pasti dijamu dengan games-games yg lagi best.Tak kiralah korang main games dalam patform apapun,PS3 ke,X-Box 360 ke,Wii atau PC yang penting kita semua berkongsi dan mempunyai hobi yang sama iaitu 'main game sampai lebam'.Kali ni aku review serba sedikit upcoming games yang bakal menjengah ke ruang tamu korang,yang bakal membuatkan korang terperap duduk dalam bilik selama yg mungkin(kalah anak dara pingit lagi),So aku harap korang enjoy apa yang aku tulis kali ni dan jangan lupa komen ok.




Silent Hill:Downpour

SILENT HILL: DOWNPOUR(06/03/12)
Kepada kaki gamers yg suka tema games yg seram/horror,beruntung lah sebab awal tahun lagi dah boleh main Silent Hill:Downpour.Macam biasa 3rd person view,selesaikan masalah,ada puzzle2 sikit(sikit ke banyak?hehe)lepas tu ada tembak-tembak dan lawan hantu.Memang seram giler,ibu mengandung,lemah jantung elok jangan main,Jadi serba sedikit kisahnya,Seorang banduan,Murphy Pendelton terkandas kat pekan Silent Hill ni,jadi korang kena bawak watak banduan kali ni.Sound dan efek dalam game kali ni memang mendebarkan dan dengar cerita soundtrack dalam game ni salah satunya dari Korn.Haha lagi terangkat,SH:Downpour adalah installment yg ke-8 dari episode sebelumnya.Macam biasa publishernyer saper lagi kalau bukan Konami,developernya Vatra Games,ok apapun korang mesti dapatkan yang Ori.Terdapat dalam PS3 dan X-Box360.

Final Fantasy 13-2
FINAL FANTASY 13-2(31/01/12)
Aku rasa inilah game yang paling rakyat Malaysia nanti-natikan,terutama sekali pengemar RPG dan die-hard fans FF hehe betul tak?Memang la aku pun sekali sebenarnya,aku follow sejak dari FF8 lagi.hehe memang best FF ni,game ni kuatnya dari segi jalan cerita,karekter yang kita bawak dan mungkin dari segi gameplay ada juga kot?tapi terpulang pada korang punya pendapat.Ok serba sedikit tentang FF13 -2,ianya sambungan dari FF13 sebelum ni,dimana korang akan memainkan peranan watak anak dia pulak,disamping watak-watak pembantu yang bersama-sama menolong kita,argh biasalah game FF kalau takda party memang bukan FF la namanya.Tapi apa yang pasti FF13-2 masih mengekalkan grafik yang menarik,yang menjangkau imaginasi serta fantasi korang,lagi satu yang feature aku dengar diorang nak bagi dalam FF kali ni,ada online,so korang boleh main dengan kawan-kawan korang,tp aku tak berani kompem macam mana feature atau cara online ni lagi tak per kita tunggu la sama,jangan lupa dapatkan yang original.

Inversion
INVERSION (07/02/12)
Pengemar game adventure, jangan risau 3rd person shooter Inversion akan menjengah ti console ps3 korang pada bulan Februari ni nanti.Aku tengok preview macam ala-ala Max Payne jugak la ada anti-graviti sikit,macam Matrix pun ada hehe.Dalam game ni korang kena berganding dengan rakan korang unutk menjayakan satu-satu misi itu,so korang tak la boring sangat masa main tu ada co-op la kiranya.

Asura Wrath
ASURA WRATH (21/02/12)
Pengemar God Of War pasti akan tertarik dengan Asura Wrath,gameplay lebih kurang sama juga,cuma kalau Kratos lawan dewa-dewa Yunani,tapi Asura lebih kepada Asian Myth sikit,Dikeluarkan oleh Capcom jadi kena ambil perhatian juga,sehjak dua menjak ni Capcom boleh tahan juga game diorang.Kalau korang jenis suka jenis Button smasher memang sesuai la,manataknya aku tengok previewnya punya la giler,banyak button kena tekan untuk nak success.Boleh kata game ni best sebab ada style 'cinematic action'macam ala-ala god of war juga la,so kepada button smasher kat luar sna jangan lupa dapatkan Asura Wrath di pasaran pada 21 Feb ni nanti.

Twisted metal
TWISTED METAL (14/02/12)
Saper-saper yang pernah main TM sebelum ni di PS2 mesti kena beli version ni,sebab ada Black Edition yang memberi secara percuma dari versi PS2 tu dulu bersama dengan version ni,cuma ada penambahan dari version multiplayer dalam TM kali ni.Korang yang suka bawak kereta,racing kereta sambil tembak-tembak tu memang elok sangat la main game n i,ala-ala Death Race,Jason Statham la pulak hehe.Grafik boleh tahan,sound efek boleh tahan juga kereta dan machinegun memang gandingan mantap,so aku cadang korang try la tengok preview kalau korang boleh masuk beli ajer.

Street Fighter Vs Tekken
STREET FIGHTER VS TEKKEN (06/03/12)
Hah ni la dia,ya ini la dia yang pasti akan jadi hit untuk tahun 2012 kategori game gadoh-gadoh aku rasa.bayangkan SF lawan Tekken,banyak pengemar game gaduh-gaduh menunggu saat ini agaknya,Si Ryu ni dah banyak sangat jumpa pahlawan-pahlawan dari dunia lain,Marvel dia dah jumpa dari Wolverine,Cyclops,X-Men,Kyo Kusanagi KOF pun dah jumpa,Taksunako dari G-force pun dah lawan,nah n kali ni berjaya ke tak dia fight dengan Kazuya yang hati kering,kejam ni ditewaskan dengan mudah 'Hadooken' Ryu nanti?atau teruk ke Ryu dibelasah combo Kazuya yang tak terapung diatas angin tu?kita tunggu la sama-sama,tapi apa yang pasti style lawan 2vs2 aku rasa,sebab masa E3 hari tu ada promo Ryu partner dengan Chun Li,manakala Kazuya dengan Anna Williams,so saper yang menang korang kena tengok dan tunggu.

Mass Effect 3
MASS EFFECT 3 (06/03/12)
Pc player tidak ketinggalan,ME3 bakal mengegarkan player Pc,x-box360,ps3 dan akan meneruskan perjuangan Commander Shepperd,ianya Trilogy dari episode sebelumnya.Action role-playing-game ni korang mesti main atau beli jika korang nak tahu kesudahan chapter ni,pengemar jenis ni,game ni memang ramai aku tahu,so boleh start kumpul-kumpul duit tu unutk beli ok.Grafik cantik,gameplay boleh tahan jadi tak pelru aku nak ceritakan tentang game ni.

Max Payne 3
MAX PAYNE 3 (06/03/12)
Jangan ketinggalan untuk mengetahui apa pulak misi Max kali ni,Berlatar belakang Di Sao Paolo Brazil,Max bekerja sebagai salah seorang sekuriti unutk satu tycoon yang kaya raya.Masih mengekalkan style ala-ala matrix sebelum ni,peluru boleh berterbangan di merata-rata tempat,disamping itu Max juga akan ada beberapa skill baru yang best untuk dilakukan.kemudian kita ada cinematic action,grafik cantik,nampak realistik,darh keluar memancut-mancut bila kena tembak,kesan lelah dan letih Max macam kena dera amat memukau hati.Kesian pun ada bila korang main game ni,memang kena dera cukup-cukup Max dalam game ni.MP3 dibuat oleh syarikat yang sama membuat Grand Theft  Auto,Red Dead Redemption.Studio Rockstar dan di tulis oleh Dan Houser sendiri,maknanya memang game ni tip-top developers la,juga boleh buat koleksi game kalau korang suka.

Diablo 3
DIABLO 3 (Q1 2012)
Oh mak game ni,Diablo,aku respek game ni dari dulu,satu-satunya game wajib aku kena beli,satu-satunya eksklusif sebab hanya terdapat dalam platform PC,aku nak bagitahu korang game ni bukan setakat
'tetak menetak' sahaja kerjanya,game ni ada value.ada nilai seni sebab sebelum aku kenal game,aku main game ni la,game ni simple sahaja jumpa monster ke,apa binatang pelik-pelik korang tetak je,tak cukup tu korang beli la senjata,upgrade sikit bagi kuat sikit,itu je,disamping tu aku dengar developers juga akan buat online server unutk SEA,memang marvellous la,macam mana la kalau main ramai-ramai itu yasng aku tak sabar,game ni luas, korang boleh jelajah kawasan-kawasan yang mana korang suka,asalkan korang sanggup pergi,samaada korang sanggup dengan tak je.hehe,banyak character yang korang boleh create dari barbarian,witch doctor,dan lain-lain lagi.so tunggu sahaja bila tarikhnya dikeluarkan.






So aku rasa setakat ni dulu apa yang aku dapat info kan kat korang semua,dan insyallah aku akan update lagi blog ni serta game-game yang lain di pasaran,Ada pun gmabar preview dan tarikh keluar mungkin berbeza tidak ada notis yang tepat unutk di keluarkan hanya angaran aku sahaj lagi pun gambar tu adalah pre-elimanry sahaja mungkin gambar cover unutk game tersebut akan berubah mengikut region masing dan di tukar saat akhir,apapun korang boleh buat rujukan kat web yang aku sedia kan ni,korang juga boleh lawat lama web ni Impulse Gamestore untuk mengetahui game-game yang latest,disamping tu aku juga selalu buat banyak rujukan dari kedai online store ni Qisahn.com korang jangan malu-malu untuk bertanya tentang apa sahaja,diorang punya operator yang sporting dan tak pernah jemu-jemu menjawab persoalan,kemuskilan,update game,bila nak release game,bertanya tentang promotion,apa-apa sahajalah korang pergi je link tu..ok la aku harap korang akan dapat enjoy apa yang aku tulis kali ni,enjoy gaming.