Wednesday 30 November 2011

AIKA SEA

Pada kali ni aku nak review tentang FREE  TO PLAY(F2P)MMORPG pulak.AikaSEA atau orginalnya AIKA adalah game yg di mainkan secara berbilang-bilang pemain secara online.Developernya ialah Hanbitsoft dari Korea Selatan,kemudian versi asia tengara dibawakan oleh Asiasoft.Ya korang kena buat account Asiasoft passport untuk main dalam game ni,kalau korang dah pernah  main game keluaran dari Asiasoft, boleh je guna account tu utk main game ni. AikasSEA mengisahkan iaitu Zereccas ketua bagi kuasa jahat telah berkuasa dan membelot dan menggunakan kuasanya lalu menjadikan semua benda hidup termasuk manusia ini menjadi hambanya,lantaran itu Goddess Aika telah memberi kuasanya kepada manusia untuk menentang melawan si Zerecas.Simple.Korang boleh download game ni secara percuma,hanya download je full version game client ni kat sini game client
AikaSEA logo,background ialah Kota Ragenshein

GAMEPLAY
Kepada sesaper yg pernah main game mmorpg ni tentu dah biasa dengan sistemnya,tak banyak perubahan dalam streotype game mmorpg ni,mcm biasa buat quest,party,bunuh raksasa,buat senjata,cari barang,kuatkan senjata,pergi buat quest..mcm tu la lebih kurang,cuma aku nak cerita serba sedikit tentang beberapa features yg di tonjolkan dalam game ni,antaranya ialah Pran.Selain dari itu Aika SEA boleh di mainkan di channel PVP(player versus player)dan PVE(player versus Environment)so kalau korang suka bersaing dengan org lain aku suggest dalam PVP dan kalau korang jenis orang peaceful,relax-relax, jenis enjoy pegi je server PVE tak da saper nak kaco ko,,hehe apapun content dalam PVP dan PVE adalah sama kecuali dalam event-event tertentu.Terdapat lima negara/nation yang korang boleh pilih,AEGIS,ALSTONIA,ARCHADIA,GASTARK,VERITAS dan setiap negara mempunyai Lord Marshal serta Archons mereka sendiri.Lebih kurang macam menteri-menteri dan panglima perang la.

PRAN SYSTEM
With my Pran
 
Pran atau pari-pari diberikan kepada korang untuk bersama-sama berjuang.Pran tidak memberi efek atau menolong dari segi pukulan fizikal/Hit kepada musuh, tetapi dari segi penambahan kuasa senjata,tenaga,tenaga MP dan sebagainya.Ianya lebih berbentuk helpers sahaja,penolong korang sahaja.Jadi korang kena jaga Pran ni elok-elok supaya dia dapat memberi pertolong dengan sebaik-baiknya.Apa yang aku tahu perwatakan Pran juga bergantung kepada sejauh mana korang menjawab pertanyaan yg diajukan kepada korang.Pran ni korang kena bagi makan,kena layan dia bersembang,kena beli baju unutk dia dan macam-macam lagi la.Dalam erti kata yang lain lagi banyak korang layan dia lagi banyak pran ni tolong korang dengan magic dan kuasa-kuasanya.
Aikasea Character class
dari kiri;priest,dualgunner night magician,warrior,sniper dan crusader



KAREKTER
Ok dalam Aikasea ada beberapa karekter yg korang boleh pilih untuk dimainkan,antaranya ialah Crusaders,warrior,dual gunner,sniper,priest dan night magician.Setiap karekter ni ada kehandalan masing masing dan skill tersendiri,mcm biasa korang kena upgrade melalui quest kemudian reward dengan Gold dan experience(pengalaman)Pada setengah korang munking dah biasa main dengan game yg bercorak mcm ni dah tahu apa yg patut dibuat,jadi tak banyak yg berubah dalam permainan mmorpg dalam sedekad ni,setengah player mungkin cepat boring.Sampai je level 50 korang boleh ubah job korang lebih upgrade sikit,lebih lawa equipment dan senjata ganas-ganas serta penambahan skill.Apa yang aku peratikan dalam Aikasea karekter dan skill tak berapa 'mengancam'dalam kebanyakan game-game mmorpg yang lain sebab skill nya kaku,macam kayu,tak berapa realistik.Motion skill tak berapa nampak realistik..terutama sekali warrior,aduyai paling tak best.Tapi disebabkan warrior ni 'tanker'(pengasak&pengumpan)jadi aku tak nak komen la sangat.Korang main sendiri nanti tahu la.

 QUEST/PARTY QUEST/DUNGEON
 
Hekla Cave,ship of Evgenia banyak quest kena buat kat sini,
aku rasa boring sebab korang terpaksa cari party kawan
utk settlekan banyak quest kat sini.


Mount for sniper,tapi pran masih lagi belari
 LM1 dungeon boss- malik,serius mmg susah giler
Dan permainan ni jika korang bermain sorang2 lagi cepat boringnya.so nak elak boring tu eloklah carilah kawan atau buat 'party' (geng) untuk mengelakan keboringan korang memuncak.Jadi bila ada kumpulan ni tak lah rasa lambat sangat nak level up.Quest dalam Aika SEA banyak korang boleh buat,ada yg kena party dan ada yg boleh buat solo tp tak kurang juga yang memboringkan,salah satu contohnya,satu ketika kita di kehendaki mencari beg,so kena la jumpa NPC utk mendapatkannya.punya lah boring pergi tanya NPC ni lepas tu pergi jumpa NPC yg ni pulak cari punya cari,tanya tanya punya tanya dekat 10 orang baru la jumpa NPC yg betul nya,tapi itu pun kena cari barang jugak sebab beg tu dah lusuh,adoi,sabar ajer la.Masa nak buat quest aku cadangkan juga kat korang kalau boleh buat dengan sekali gus,sebab kadang2 kebanyakan quest yang di lakukan pada satu masa tu bertindih-tindih,so tak la korang buat 2,3 kali,Letih juga sebab buat masa ni korang kena jalan kaki lagi nanti level 40 ada quest untuk 'mount'.Mount ni kenderaan la korang boleh guna so tak la berjalan kaki.berlari.Setiap karekter ada 'mount' yg tersendiri.Ada lebih kurang 10 sub-quest baru la korang boleh dapat 'mount' korang tu.ada yang susah dan ada senang sikit.Game ni ok dari segi levelling,senang,cepat(diawal permainan level 1-40 mmg senang) dan mudah cuma ada beberapa quest yg memerlukan korang mencari party utk complete.Boleh membuatkan korang boring awal,sebab susah nak cari partner atau member waktu sekarang ni sebab time ni semua player dah pro,so korang kenalah shout kat chat box mintak simpati dari pro-pro ni utk tolong korang sudahkan quest ni.Bila time mcm ni la kalau korang nak tengok player dari negara mana yang sporting,Lord Marshal dan Archons (LMA )mana yang paling best.yang banyak tolong korang,nanti aku terang sikit apa yang dimaksudkan dengan lord2 marshal&archons ni nanti'


CASTLE SIEGE
Salah satu feature lagi dalam Aikasea ialah Castle Siege(CS),ianya adalah perang di mana perebutan kuasa,takhta untuk Lord Marshal dan archons dalam negara yang kamu duduki.A'ah macam perang sedara diantara legion(group,clan,guild)la lebih kurang.Terbahagi kepada penyerang dan pertahanan.CS ni penting untuk menentukan hala tuju sesebuah negara,kalau legion korang sertainya dan menang banyak keunutngan yang kamu dapat.Antaranya ialah wang dari perbendaharaan negara korang, Buff(kuasa magis yang tertentu)boleh set tax,cukai untuk negara korang,korang boleh 'kelepetkan' duit negara korang hehe.Boleh chat umum(red chat)yang boleh di bacakan semua orang,adapun red chat ni untuk mengarahkan semua orang unutk pertahankan negara dan merangka serangan.

ELTER BATTLE/NATION WAR
Nation war(medan pertempuran) adalah satu game feature yg terdapat dalam Aikasea.Ianya dimainkan dalam channel PVP.Korang kena pergi ke Tiamat Gate di persimpang jalan Halperin.Dekat situ korang ada nampak satu portal yang boleh pindaj kan korang ke negara lain.
Adapun Objektif nation war adalah  peperangan untuk merampas relic dari negara lain dan masa yang sama juga korang kena mempertahankan relic ni dari negara luar.Relic ni mcm  satu barang(pedang,shield,obor,panah dan mcm2 lagi) yang mempunyai kuasa dan kelebihan kepada mana-mana negara yang memilikinya.Disamping dapat menguatkan pada setiap rakyat dinegara tersebut relic juga boleh membantu korang untuk melakukan quest dengan lebih senand,contohnya Relic drop,kalau korang buat quest di dungeon masa ada relic ni,kemungkinan unutk korang dapat 'rare'item sangat tinggi,so lebih kurang macam tu la.
Nation Relic(holy bow vega)letak di satu tempat dan dapat  buff

Ianya mesti diletakan di tempat yang tertentu untuk mendapatkan kuasa.Mana-mana negara yang dapat relic ni tadi,rakyat dalam negeri tu berhak mendapat Buff atau kuasa magis yang terdapat pada relic tersebut,setiap relic ni ada buff yg unik.contohnya relic 'Holy bow of vega' yang memberi experience tambahan.so secara simple nyer korang akan dapat bonus experience setiap kali bunuh monster.Semasa nation war ni jugalah kita boleh lihat bagaimana Lord Marshal memberi arahan dan mengatur startegi.Apa yang pasti korang kena libatkan diri juga serba sedikit dalam Nation war ni,tak der apa sajer nak rasa intense atau kehangatan perang ni hehe.Selain dari nation war terdapat juga elter battle,mainnya simple je setiap group di bahagiakan 2 .Team A vs Team B kemudian fight dan sesaper yang mati keluar dan yg membunuh dapat point untuk team mereka.simple.elter battle hanya berlaku dalam negara korang sahaja tak membabitkan negara lain.dan banyak lagi la peperangan player vs player ni lagi,korang hanya perlu bercakap dengan NPC yang terdapat di Ragenshein tu.
Ok lah secara overallnya apa yg aku boleh katakan dalam game Aikasea ni korang kena main sendiri baru faham.Memandangkan Aikasea adalah game online dan ianya sentiasa di update dan di patch dari masa kesemasa(Aika sekarang version 130) jadi aku rasa game ni amat menarik di masa masa akan datang,dan aku juga akan update blog ni dari masa kesemasa.Aku harap korang pun boleh join game ni dan enjoy ketika main game ni.Oh ya jika korang nak main game ni dengan aku boleh.ini ada URL yang aku sediakan  http://www.aikasea.com/sff/Nazri

 Jadi korang klik dan daftarlah sekarang dan kita boleh main sama-sama..So statistik aku pada game ni(memandangkan aikasea adalah game yg akan di patch dari masa kesemasa aku juga akan update statistik jika ianya menarik)

Update 03/01/12:Patch Aikasea epic 2 sudah bermula,apalagi daftar sekarang dan dapat banyak barang2 percuma

ORIGINALITY: 3/5
Game online mmorpg yg sama seperti game yg ada sekarang,harap di perbanyakan karekter di masa akan datang.
AUDIO/GRAFIK: 4/5
 Boleh tahan ada track,lagu yang menarik memberi semangat ketika adventure,,disamping grafik dan environment yang luas untuk di terokai.Apa yang pasti patch dimasa akan datang pasti banyak lagi tempat yg menarik.

KETAGIHAN: 3/5
Diawal permainan developers berjaya membuat korang semua akan terus bermain dan ketagih, sehingga sampai tahap yang tertentu terasa boring  dan lambat nak level up sebab mata experience terlalu jauh untuk dicapai.

MULTIPLAYER/ONLINE :5/5
Tak diragui lagi Aikasea mampu mencapai 1000 player vs 1000 player(walaupun setakat ni aku tengok tak pernah pun player cecah tahap ni)tapi server yang mampu mencapai ni kira terbaik la.


KESELURUHAN: 3/5
Game ni masih banyak lagi kena improve dari segi maintenance dan bug issue,kelewatan update dan patch membuatkan ramai player beralih kepada game yang lain..Mungkin asiasoft perlu berfikir game aikasea ni tak sama citarasa player korea dengan SEA player.