Monday 25 November 2013

NARUTO SHIPPUDEN: ULTIMATE NINJA STORM GENERATION

Salam apa khabar semua?aku mcm biasa je sihat,ok kali ni aku nak citer dan review kat korang tentang satu game fighitng yg di adaptasi dari manga/komik Jepun yang cukup popular.Korang mesti suka game ni jika korang pengemar Naruto kan?Review aku kali ni tak lain tak bukan game Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Generation(NS:UNSG).Ianya adalah prequel dari episode sebelum ni Naruto:Ultimate Ninja Storm dan Naruto Shippuden:Ultimate Ninja Storm 2.
PS3 cover NS:U
Terdapat dalam platform PS3 dan X-box 360 di keluarkan pada February 2012 di Jepun.
Mekanisme dalam game ni amat cantik sekali,tidak seperti stereotype dan kebiasan game fight yg biasa kita main diaman kita berlawan dari sudut sisi dan tepi,NUNSG mengunakan mekanisme dari sudut dan perspektif 3D.

ORIGINALITY 3/5
 Ianya macam copy and paste je,atau ringkas nya game ni sepatutnya pacth dari versi terdahulu.Takda jauh beza dari segi gameplay,interface,grafik dan sound,karekter dan teknik jutsu sahaja yg ditambah pakai.

AUDIO/GRAFIK 2/5
Sedikit mengecewakan bila bermain jika anda fans games Naruto ni.Takda jauh bezanya dari versi terdahulu.Grafik, fighting stage masih mekanisme yg sama.tapi intense untuk mencuba game ni memang takdapat di nafikan.

MULTIPLAYER/ONLINE 2/5
Susah sikit nak online dan join server,tapi masih ada player yg bermain,invite dari player mungkin menyenangkan untuk bermain.Aku ingat korang main dengan member yg rookie dahulu,Kalau ada masa korang try main multiplayer dgn player yg lebih pro.

KETAGIHAN 3/5
Boleh tahan juga ketagihan game ni,sesuai jika ada anak2 atau budak budak kecik yg suka tengok kartun Naruto.Anak buah aku tak berekdip tengok aku main game ni,diam terus mcm tergamam bila aku main game ni,dia mmg fans Naruto so bila tengok game ni tak nak balik,sampai mak dia turut datang rumah aku suruh balik.hahaha...

KESELURUHAN 3/5
Boleh la game ni kalau korang nakbeli,untuk simpanan atau collection,kadang kadang kalau ada ramai kawan kawan syok juga main games ni.Yang Pasti peminat Naruto yg masih tiada game Naruto aku rasa unutk asas game dan title ni memang sesuai untuk permulaan.

Apapun korang kena try sendiri game ni mcm mana.Ok geng tu saja untuk kali ni,beli jangan tak beli,beli original,support your Local store.Di lain masa aku tulis lagi.muahaha.

No comments:

Post a Comment