Thursday 20 October 2011

COMPANY OF HEROES

Kali ni aku nak review tentang game strategi pulak,boring je asyik2 review game 1st person shooter je so kali ni aku review game strategi yang terbaik aku pernah main."Company Of Heroes" tak perlu di perkanalkan pada pengemar game strategi.semestinya mesti ada dalam list mereka,termasuk aku,heheh...kalau saper-saper pernah main game ni mesti setuju dengan aku.Game ni di buat oleh syarikat Relic Enterteainment,release pada September tahun 2006,bertemakan zaman perang dunia ke-2 antara Axis(Jerman) dan Allies(Great Britain&USA)dan boleh dimainkan sama ada single player dan ramai-ramai(multiplayer).disebabkan dapat sambutan developers keluarkan standalone expansion 'opposing front' pada September 2007 dan Tales of Valor April 2009.Game ni best pada aku sebab game ni memperkenalkan satu sistem strategi yang baru pada aku.COH memperkenalkan aku satu jenis game strategi taktikal yang pada aku menarik untuk di mainkan,Mula-mula aku main game ni aku ingat mcm main streotype game strategi la..cari duit,buat tentera,buat kereta kebal buat itu ini ala-ala command and conquer genral dan zero hour tu..hehe...tapi bila main lama baru faham.ada taktikal sikit game nie.bukan setakat bina benda itu benda ini.Yang pasti ianya menarik untuk di mainkan,tak caya korang main la..Oh ya review aku ni adalah berdasarakan secara umum iaitu secara keseluruhan dalam standalone pack,bukan keatas company of heroes sahaja.
COH box art for PC
COH:opposing front box art
COH:tales of valor box art
Standalone pack ialah game yg ianya boleh di mainkan tanpa memerlukan korang beli episode yg sebelumnya ianaya adalah berlawanan dengan expansion pack diaman kkorang kena beli episode yg terdahulu lepas tu patch je,tapi companya of heroes ni korang boleh beli yang mana-mana rasa suke.tapi kalau setengah kedai yg jual dvdv ni diorang bagi pakej istemewa jika beli sekali 3 terus.mahal sikit la tapi kalau korang tak mampu boleh beli satu,disini aku cadangkan kalau korang suka main campaign single player sekali tiga dan jika suka main online atau multiplayer beli COH:tales of valor pun dah cukup

CARA PERMAINAN
COH adalah  'game squad',iaitu maksudnya korang tak arah seorang askar utk lakukan gerakan,contohnya dalam negara US,jika korang nak askar la katakan,maknanya kamu klik satu skuad askar dlm 4-5org sekaligus.contohnya lagi macam mortar squad team 3org dan 2org dalam machinegun dan sterusnya la mcm tu.Kerata kebal pula korang kena klik satu persatu utk membinanya dan bergantung kepada 'resource' korang jugak.Dalam game ni korang kena bertahan atau capture satu-satu tempat  tertentu untuk mendapat bekalan atau resource yang boleh di gunakan untuk membina kekuatan tentera.ada 3 jenis 'capturepoint' atau tempat strategi yang penting,Peluru,strategik(manpower),Minyak.Lagi banyak sumber korang dapat bertahan lagi banyak korang boleh buat dan bantuan yang korang dapat.tapi harus diingat,setelah korang dapat satu-satu 'port' tu korang kena la bertahan atau cover tempat tu dari di ceroboh oleh musuh,sebab musuh pun nak benda yang sama dan objektif mereka untuk mendapatkan resource yg lebih mcm engkorang jgk.game ni best dari segi taktikal permainan nyer sebab banyak map yg mencabar dan tahap A.I kompoter yang bijak,jangan ingat kita dah main dah boleh baca gerakan komputer,kerana sering kali ianya berubah dan tak dapat nak duga mcm mana taktikal,contohnya satu masa tu aku try cover kawasan tu dengan askar-askar la,takat askar2 yg try nk take over gerenti aku dapat lawan,entah mcm mana satu time tu musuh pulak bawak kereta kebal le pulak..hancus terus la aku punya troopers.COH mempunyai mata pengalaman(experience point)yg boleh unlocked kepada unit-unit yg lebih kuat dan lebih ganas.Korang boleh guna point ni utk mendapatkan 'command tree' yg berfungsi sebagai merangka startegi dan tektik yg amat berguna dalam permainan ni,contoh unit yg terdapat dalam ni ialah unit pemusnah kereta kebal,kereta kebal jerman yg terkenal tu 'Tiger tank',kapal terbang pengebom 'Luftwafer' dan paling best sekali ialah askar werhmarcht yg tahan lasaknya,dan kalau korang pilih Great Britain pulak semestilah dengan unit Artileri yg ketepatan yg tinggi tu ,askar2 arkomando yg tahan lasak dan beberapa kereta kebal yg kuat serta unit HQ yg boleh bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yg lain.Daru USA pulak ialah Unit  yg terkenalnya tu la Airborne paratroopers,kerat kebal Shaman,unit2 askar mortar,machine gunner,sniper,dan lain lagi memang banyak sampai aku tak terkira,

COH game tektikal yg bergerak secara  Squad
Head Up Display dlm COH simple dan nampak bersih
Selain tu dari segi kualiti visual,audio memang aku tabik,,cukup detail,kemas cantik disamping setiap unit askar,kereta kebal,kenderaan-kenderaan semua aku tengok memang tip top,detail sampai jerman 'werhmact' unit pun detail..view pun cantik...cthnya kalau kereta jalan rempuh wall,debu debu kalau jalan atas tanah memang cantik,,berbaloi kalau beli.kalau bab sound memang realistik,aku paling suka time guna british artileri memang realistik sebab korang bom memang tak henti-henti meletop siap bagi ko-ordinate sebelum nak korang nak bombardment tmpt tu.oh ya korang kena jadi hardcore sikit sebab ada satu masa tu kalau meletop korang akan nampak mayat berterbangan akibat letupan tu,badan hancur lebur hancur tangan,putus kaki..,haha realistik tak,,kalau korang tak caya,try la tgk,,memang cukup detail dan menarik.Dalam game ni ada 3 negara yg korang boleh pilih dan masing masing ada campaign mereka dan setiap negara ada special 'doktrin'.doktrin ni mcm special ability untuk menjadikan taktikal korang lebih deadly dan brutal la..dan setiap doktrin korang boleh upgrade selepas setiap kali korang bunuh atau capture control point serta experience point.Korang memang kena cuba main game ni dan korang akan dapat rasa perbezaan dalam game taktikal yg korang biasa mainkan sebelum ini.                               
USA comnd selection,setiap negara ada taktikal/strategi



ONLLINE/MULTIPLAYER
Macam biasa dalam mode multilayer COH menyediakan server 24jam utk korang  main.Kalau malas nak join korang boleh 'create' sendiri game dan  'winning mod'e yg korang rasa nak lebih fun.Ada lebih kurang 20 map yg korang boleh join dalam multiplayer ini.Ada mode LAN boleh main dengan kawan 1-8 orang dalam satu masa.Maknanya korang boleh main kat cyber cafe la game ni.Kalau main online RELIC menyediakan iaitu system dimana korang boleh update ranking korang dan banding dengan kawan yg lain.fuuh!! maknanya korang kena selalu main la supaya ranking korang tak turun,,haha kat sini aku rajin jugak main tapi tak pernah dapat top #100 pun, aku punya last sekali #3450 haha gila babas ada yg lagi pro.Apa yg pasti game ni memang seronok dimainkan bersama rakan-rakan korang. Korang blh create sendiri mcm mana nak main cthnya 3vs3(Allies vs Axis).Dalam kes ni aku mula agak keliru sebab kenap developers buat game ni mcm tak seimbang,,sebab kalau Allies negara bersekutu Amerika dan G.Britain,mana kala Axis hanya ada German sahaja.Rupa-rupanya German ada pecah kepada 3 unit yang berbeza dan keupayaan setiap unit ini berbeza.Selain dari tu developers ada juga releseakan game online untuk pengemar PFP(play for free)secara online,korang boleh download dan main secara online jugak Companya Of heroes Online.
D-Day,COH ada element sejarah sikit
Okl ah akhir sekali aku harap korang dapat mencuba sendiri la game ni.aku memang recommended sangat kepada yg benar-benar hardcore RTS(real time strategy) game ni.Dan semestinya ramai pengemar RTS juga berharap supaya developers dapat membuat pembaharuan dari game ni,sebab pada aku game ni tak lengkap jika tak babitkan unit negara Jepun,Russia,sebab negara ni pun sama termasuk dalam kancah peperangan ni.Penjajahan Jepun keatas tanah melayu pun boleh add jugak,jadikan Campaign moded,supaya lagi menarik utk di mainkan.cewah ini hanya cadangan aku shj,Harapan aku semoga korang dapat join dan main bersama-sama.

berikut adalah statistik aku,
ORIGINALITY: 5/5
AUDIO/GRAFIK: 5/5
KETAGIHAN: 5/5
MULTIPLAYER/ONLINE :4/5
KESELURUHAN: 5/5






Wednesday 19 October 2011

COLIN MCRAE:DIRT 2

Colin Mcrae Dirt2 box art PC
Colin Mcrae:Dirt2 adalah game racing kereta.Di keluar pada September 2009 dan ianya dibangunkan oleh Codemaster,kompeni ni dari U.K satu-satunya yg pecah monopoli developer dari US yg selalu buat game racing.Game Racing Offroad ni kalau nak deatil lagi macam rally la lebih kurang.Selalu kita dengar asyik EA Amerika tu shj kan.Kira kompeni dari U.K pun ada yg hebat2 jgk.Game ni bukan setakat racing shj,,ada mcm2 disiplin lain..trailblazer,rally x-cross(style circuit),ada dominasi(saper last belakang dia keluar)dan yg paling aku suka tentulah Rally.Game ni boleh main seorang ataupun pun ramai2(multiplayer)online pun boleh jgk,tapi lagipun memang kena online pun sebab macam ada achievment secara online.secara tak lansung korang kena buka akaun windows live,tapi kalau dah ada hotmail ke,x-box live keboleh jgk korang guna utk main game ni terus.terdapat dalam platform X-box360,ps3 dan wii pun ada gak..tapi aku nak ulasan dari platform PC.Game ni banyak menampilkan muka-muka star dalam arena lumba kereta,semestinya kita akan jumpa Ken block,Travis pastrana,Tanner foust,Dave Mirra..dan penamiplan istemewa muhammad ben sulayem,tp yg aku heran game ni dari U.K muka-muka star dari U.K seorang pun aku tak nampak,,ada la seorg tp itu pun co-driver.haha kelakor la.Tapi semua star ni akan berlumba jg dengan korang,setiap seorang ni ada skill,style racing mereka yg tersendiri.contohnya Dave mirra,dia terrer racing x-cross,dengan raid.Racing bukan setakat kereta rally shj.ianya termasuklah 4wd trak,buggy,kereta klasik pun ada sikit.Maknanya setiap Star atau racer dalam game ni ada disiplin mereka yg tersendiri...dalam bab kereta pula banyak jugak kompeni besar-besar yg sumbangkan kereta mereka dalam game ni,contohnya korang boleh jumpa Ford,Dodge,BMW,Honda,Mitsubishi,Toyota dan bnyk2 lagi serta semestinya lah kan,,Subaru(cover box art ialah Subaru yg di pandu Ken Block)
Malaysia stage ladang oleh&tanah merah

CARRIER MODE
Carrier mode atau single pla korang cuma kena log in nama korang dan boleh start main,korang akan di guide satu persatu dan disiplin dalam mode ni,korang nak pergi racing apa,pakai kereta jenis apa utk trek yg macam mana semua ada kat sini.Tapi jangan risau la korang kalau dah biasa main game racing mesti dah biasa dengan semua-semua ni..Ok tiba untuk kita race..satu yg menarik aku tgk game racing ni ialah  salah satunya tempatnya ialah di Malaysia...ya di Malaysia,apa lagi masuk kebun sawit la jawabnya,,di Malaysia ada rally,raid,antara dua disiplin yg perlu di lalui oleh pemain...rally paling best..sbb masuk sawit,ladang mempelam,tanah merah.lopak air..wah mcm real diorg buat kat suasana ladang di Malaysia..memang cantik pemandangan..mostly dlm hutan...kita akan pergi race kat Rawang dgn Tanah Merah...track amat mencabar.aku tak nak cerita detail sgt,,haha korang kena main la baru nak tahu..Selain itu terdapat juga track kat negara lain.Croatia.Utah,China(track china best rally dgn trailblazer,)L.A,Morroco,London,Japan,Baha california,,dan tak lengkap kalau game ni tak ada X-games yg korang boleh masuk,,hadiah lumayan dan dapat kereta percuma kalau korang masuk dan menang...track amat mencabar,,diorang guna racing style drift,,speeding,braking,,tapi ingat pengendalian game kereta ni bukan sama dengan game racing yg korang selalu main mcm NFS(need for speed)kalau korang selalau main game NFS mesti bnyk kali terbabas,,haha mcm aku jgk,,sebab cara handling kereta  tak sama,,jgn ingt la boleh 'late braking'..lagi satu yg best dia ada tindakan reply atau flashback kalau buat silap..undur kan lebih kurang 30 saat kebelakang kalau dah buat silap...dan betulkan semula.hohoh syok gak..haha...HUD(head up display) dalam game ni boleh tahan dan tak serabut..camera view pun banyak pilihan utk kesesuaian masing...dekat dgn tanah,dalam kereta.depan dashboard pun ada..korang akan terpegun bagaimana detail keadaan dlm kereta ni sbb banyak benda yg adadalam kereta ni  korang akan nampak cthnya .kalau air terpercik kat cermin kemudian wiper kereta akan berfungsi,,realistick masa air percik kat cermin kereta dengan debu melekat kat cermin,,,memang cantik graphic nya..cermin kereta pecah,bonet kereta pecah..bumper tercabut,,pintu tercabut pun ada,,tp jgn risau kamu tak akan tercampak keluar.
Dashboard view dari mitsubishi  evo,right driver seat


Tapi ingat keupayaan setiap kereta berbeza..kalau dah selalu terbabas shj satu masa rosak jgk,,so kena pandai2 la guna flashback tu.Kalau race rally x-cross susah sikit,,sebab banyak kereta dilepaskan serentak jadi keadaan track serabut eksiden dengan kereta lain2,hendaknya bila tiba simpang nak belok mesti nak tak nak berlaga dengan kereta org lain..setakat calar,scratch sikit tak pa tapi awal2 lagi dah hancur haha,,jadi korang kena pandai masuk celah kereta yg lain la,,jadi impak rosak tu kurang sikit.Gameplay dlm game ni boleh ditingkatkan ikut kemampuan sendiri...kalau mcm nak main biasa-biasa casual pun dah memadai..kalau dah rasa diri tu pro boleh le ambik hardcore..tapi kalah jgn nangis hahaha....

MULTIPLAYER
Kalau nak main online korang boleh join Jam Sesion dan Pro Tour,lantak korang la nak race dengan satu dunia pun boleh,,tapi aku cadangkan korang kalau ada internet linenya  pulak mesti cun laju senang boleh masuk!,,tp mcm biasa la kan Tm streamyx ni problem selalu sangat lagg,ping tinggi takut korang race nnti tersekat sekat..susah sikit,,nak online dengan org lain pun susah jg nak dpt kena tunggu nak join racing,aku masa ni guna streamyx,,memang suck la lembab tunggu lama asngat nak connect..tension la time nie..adoi malaysia bila la nak maju  dalam online gaming?aku main banyak kali sangkut2,,aku dh try tgk kat forum masalah ni bukan dari segi game pc spec korang tapi dari ISP korang jgk...kalau internet korang laju ok la,,kalau macam siput baik tak yah..leceh la kalau lembab ping pun tinggi jgk dah tu asyik kena makan asap la.disamping tu gameplay juga catatan masa secara 'world update',setiap minggu codemaster beri cabaran pada kamu,,contohnya kalau minggu ni mesti dapatkan catatan masa yg terbaik di rally Tamdagh,morocco.jadi bersaing la dapatkan masa korang,guna apa kereta pun x pa ,tp tgk la syarat2nya kalau dia suruh guna apa2 kereta jadi ok jg,saper dapat masa yg terbaik dpt hadiah berupa 'fame point' ke hadiah yg boleh ditebus,,aku pun tak berapa kaji lagi benda ni..tapi yg pasti mesti best.nnti korang try la kalau ada masa.
awas!jgn sampai langar dinding

AUDIO/VISUAL
Game ni secara overallnya mmg bagus beli la kalau ada duit lebih sikit original dlm rm60 je...Steam PC download pun lebih kurang jg harganya...single player memg best kalau korang nak layan,,kalau mat2 drift kereta yg minat main games kena beli game nie..mmg asyik,,,kalau main multiplayer mmg best tp kalau da internet pun best jgk..tak da lagg ping rendah mmg best... kalau korang kaki game racing kereta memg kena beli game ni aku memang suggest la korang main.Dengan grafik yg cantik setaip negara memang detail cantik pokok2 lopak air,kaki langit dan macam2 lagi di buat dengan begitu detail sekali,disamping tu sound boleh tahan dengan sound track yg rancak dan bunyi kereta yang mendidih telinga mendengarnya memang mengasyikan sekali..yg pasti mmg  sedap(diorg guna sistem Rapture)supaya impak lagi cun bila main.yg pasti mmg realistic,bombastic.berbaloi walaupun mahal sedikit (rm 60.00  original masa time aku tulis ni).Akhir sekali aku nak bagitahu game kalau ada masa korang main la sampai habis sebab ada tribute pada mendiang Mr.Collin Mcrea lagenda rally dari Scotland.respect habis kat dia..sebab game ni aku kenai saper collin mcrea lebih dekat lagi,,tp cuma yg tak bestnya game ni  kurang rally..ye la sbb game ni org US yg buat jadi promosi rakyat mereka shj la...apapun korang beli layg ori main la dengan gembira ok,enjoy!

So ni la statistik aku:
ORIGINAL 3/5 
Game rally yg sangat bernilai unutk dimiliki,jadikan koleksi korang tanpa prejudis,boleh dimainkan unutk dapatkan feel jadi rally driver,ada kelaianan pada racing rally dengan game racing-racing yg korang pernah main,bunyi geseran tayar diatas batu kerikil kadang-kadang membuatkan ianya satu keasyikan.

AUDIO/GRAFIK  4/5
Cantik,kereta dan keindahan alamsemulajadi nampak cantik,macam realistik.Detail soound dan efek amat terperinci,boleh dengar sorakan penonton,bunyi batu kerikil dan debu amat realistik,paling aku suka time air kena cermin kereta,lepas tu wiper,fuhh amat cantik,kesan,lepas tu kotoran/tanah melekat dikereta,sponsor sticker realistik.

KETAGIHAN 3/5
Ada masa kadang boleh jadi nak main semula bila dah lama tinggalkan game ni,ada daya faktor untuk menarik main semula

MULTIPLAYER 3/5
Tak banyajk yg aku dapat ulas,sebab aku pun tak dapat main online ketika blog ni ditulis,mugnkin bila aku dapat online aku akan update
  
KESELURUHAN 3/5 
Boleh la dimainkan dan jadikan koleksi,kalau suka racing rally dan boring asyik main racing atas jalan raya mungkin ini adalah alternatif yang terbaik




 


 


 
















Tuesday 18 October 2011

CALL OF DUTY:BLACK OPS

call of duty:black ops box art
Call Of Duty:Black Ops adalah franchise First person shooter Activision yg ke-7 dibuat dalam studio Treyarch dan di jual seluruh dunia pada 9 Nov 2009,merupakan sekuel ke-2 dari studio tersebut yg sebelum ini membuat call of duty : world at war.Black Ops,yg membawa erti 'operasi hitam' atau operasi yg dijalankan secara rahsia dan senyap-senyap.

Mengangkat tema dari perang dingin Amerika dan Soviet Union.Semestinya satu pengalaman peperangan yg menarik untuk di mainkan,disamping perang indochina Vietnam  dan Amerika tak ketinggalan juga.

CAMPAIGN/SINGLE PLAYER
Ianya bermula bila karekter utama Captain Alex Mason yg tiba- tiba shj duduk terikat di atas kerusi didalam satu bilik.Alex di soal siasat ketika berada didalam bilik tersebut tentang kejadian lampau yg dialaminnya,permulaan game ini sangat baik dimana setiap peringkat permainan akan di rungkai satu persatu di mana memori Alex Mason 'di flashback' semula.Bermula percubaan membunuh Fidel Castro di Cuba.
alex reloading pump gun look style arnie dlm terminator2
 Kemudian percubaan melepaskan diri bersama Viktor Reznov di penjara gelap  Vorkuta,aku rasa stage ni yg paling best sebab Viktor Reznov(di suarakan oleh Garry Oldman)  memang satu karekter yg berpengaruh di dalam game ini seterusnya merencanakan hidup Alex Mason yg keliru seta tidak keruan.Alex Mason berkenalan dengan Viktor Reznov di penjara Vorkuta dan merancangkan diri untuk melepaskan diri dari penjara tersebutAku rasa korang pun setuju kalau main stage ini yg terbaik dalam banyak misi-misi lain.Sebab macam nostalgik sikit,ada ala-ala macam movie Terminator 2 bila Arnold naik motor Harley kejar T2000,ye la mana taknya naik motor sambil tembak guna 'pump-gun'.memang best!
Jason Hudson muka macam Bruce Willis



Selepas terselamat dari penjara Vorkuta Alex kembali ke USA dan dia di letakan di bawah penjagaan Jason Hudson untuk menjalankan misi rahsia serta macam-macam agenda CIA untuk mensabotaj 1 misi yang di arahkan sendiri (Executive Order)Presiden Amerika pada masa itu, John F.Kennedy,dan Alex bersama pasukannya Bowman dan  Frank Woods terpaksa  menyelinap masuk ke fasiliti Boikanur Russia(Tapak pelancar roket).Tapi perancangan tak selalunya menjadi disebabkan  salah seorang member 'kantoi' Weaver ditangkap oleh Krevchenko..korang kena main stage ni hati-hati sikit sebab banyak intel(barang atau benda yg tersembunyi/tersorok)..kemudian korang perati kan satu peringkat tu dimana di mana aku tengok Alex guna 'kerambit'untuk kelar leher musuh.Ceh mcm tiru komando Malaysia lak ada kerambit,heheh..dalam peringkat ni juga buat pertama kali korang merasa mengunakan Crossbow(disertakan dgn Variable Zoom dan grenade)korang kena sniper dari satu tempat yg tinggi kemudian guna crossbow tu untuk cover unit/kawan korang yg kat di bawah sana.lepas tu Syok jgk peringkat ni masa time nak selamatkan Weaver guna zipline,banyak weapon dijumpai dalam stage ini.cthnya Ak47,mp5k,sniper rifle dragunov,pm63,c4 dan palign best valkyrie rocket semasa nak menembak jatuh rocket Soyuz-2 yg terlancar,,,boleh guide misil valkyrie tu yg tak tahan tu.
senjata yg terdapat dlm black ops

Selepas itu korang pergi Khe Sanh,South Vietnam.Kali ni team-up dengan MACV S.O.G macam komando US jgk la lebih kurang.Babak menarik dalam stage ni apabila selepas Frank Woods menerangkan rangkuman kerja yg di jalankan oleh MACV-S.O.G ,apabila jeep yg di naiki meletup kerana di bedil mortar oleh musuh.kena selamatkan diri ke bunker.Selaps itu banyak lagi misi yang korang kana tempuh,dan setiap misteri terungkai satu persatu,aku tak nak citer banyak-sangat nanti spoiler bila korang main,ada flick dan ada kejutan yang bakal korang alami jika sampai korang main sampai habis game ini.
OK bercakap tentang gameplay dalam game ni tak banyak yg berubah,seperti mana korang pernah main COD sebelum ni mcm tu jgk la dalam game ni..nama pun game tembak-tembak,,so tembak ajer la apa yg korang jumpa.Selain dari tu korang jugak ada merasa naik Heli guna louncher,mini gun untuk memusnahkan pengkalan musuh,fight dgn heli musuh..masa stage ni korang kena hati2 sikit aku banyak kali kantoi kena shot-down dengan heli musuh..anak haram sungguh kuat!!ok apapun storyline,plot,skrip,character dalam single player memang tip top,best.Dalam bab sound efek pulak dalam game niada kureng sikit,setakat bunyi meletop letop tu dah biasa cuma bunyi senapang dan beberapa senjata tu kureang sikit,,gambar/vdeo pulak memang best,video card(VGA) pc aku setting high memang tip top cantik terutama sekali kat stage hutan-hutan tropika asia tengara..memang klass!!banyak benda yg detail dan cantik..detail kontra cahaya,matahari memang realistik.ok habis bab single player dan gameplay.masuk bab multiplayer.

MULTIPLAYER
Ini yang penting aku nak bagitau korang tentang multiplayer...terus terang la ku bagitahu ini adalah multiplayer yg paling teruk,suck,bull **it,bodoh yg aku pernah main dalam siri-siri COD.kenapa?Berikut adalah beberapa faktor yg aku dapat huraikan..

Server
Aku rasa ni la yang paling spoil,paling bodoh,paling bangsat,paling celaka dari Activision/Treyarch sebab entah mcm mana la sistem diorang nie..sebab diorang kata nak bagi dedicated server untuk PC player dari SEA.tapi ketika blog aku tulis ni tak da sebiji pun..lain kali jangan berjanji kalau tak dapat di tunaikan,kesalahan 120% kepada GAMESERVER juga kerana gagal menyediakan server yg sesuai di region Asia Tengara..yang paling dekat hanya AUS,JAP tapi ping terlalu tinggi,lebih kurang 120~150 ping,|(itu kalau guna streamyx,tp guna unifi aku tak check)so sanggup ke korang nak main dengan player disana yg jauh lebih rendah pingnya,tak pasai kena tembak walaupun korang dah spot diorg dulu,ping tiinggi sangat memang bodoh la gameserver,aku tak cadangkan la korang main multiplayer..memang sakit hati.sini aku memang banyak kecewa la.COD sepatutnya game yang seronok bermain dengan kawan2,tambah pulak LAN  tak da, so memang bertambah kecewa la korang jawabnya.

Bug Issue
Berpuluh-puluh komen aku baca kat forum COD,semua menyatakan dan sependapat banyak bug issue yg tak terurus oleh Treyarch...bug issue memang lah isu yg biasa jika satu game tu dikeluarkan...tapi sejauh mana developer dapat update dan selalu mendengar masalah dari consumer itu lah terbaik aku rasa...ni tidak Pc player seperti tidak di endahkan contohnya isu 'stutter'(game menjadi tersekat-sekat ketika bermain)masalah ni bukan pada pc yg low spec tapi yang tinggi spec pun sama...masalahnya terjadinya bila time korang main multiplayer kalau single player tak pulak jadi..lepas tu game crash jgn ckp la,sekurang kurangnya mesti terjadi ketika bermain.boleh kata ni la game COD yg aku tengok banyak bug.Masalah bug kalau tak diuruskan dengan baik ianya merencatkan permainan..

Weapon/Sidearm
Kebanyakan senjata dalam cod/multiplayer tak realistik,termasuk la dari segi bunyi,ada kawan aku cakap satu senapang tu bunyi macam mercun papan ajer,adoi teruk sangat ke soundnya,aku pun tak tahu la nak cakap macam mana hahaha...sebab aku main aku dengar bunyi memang S*** pun.haha...bunyi M16 memang lawak..haha percayalah..kelakar pun ada.

Kemudian banyak la lagi masalahnya ketika korang main multiplayer ni.antarnya map DLC yg dikeluarkan berharga terlalu mahal(downloadable contend)dah tu lambat.sedangkan X-box,PS3 dah puas main baru pc punya nak dikeluarkan. Kalau ada org tanya kat aku cod:black ops ni best tak?aku jawab mcm ni.."single player ok tapi multiplayer suck,"di sini aku nak bagi pendapat sikit jika kalau nak main single player aku cadang korang download la kat torrent ke atau apa shj.Tp version kalau takat nak beli untuk main multiplayer jgn la meletakan harapan yg terlalui tinggi.Aku sungguh rasa sedih sebab game call of duty adalah game yg aku suka sejak dari keluaran pc dulu lg. Aku ingat inilah game 1st person shooter yg pertama terbaik pada mas tu,tp sejak Treyarch buat call of duty ianya telah mencacatkan legasi COD ni,mereka ni telah 'merogol' peminat COD yg otai2 dengan sistem yg ntah apa-apa ntah dan lebih teruk lagi harga jualan yg terlalu mahal disamping dengan permasalahan yg terlalu banyak membuatkan aku dah hilang minat kat COD dan infinity ward.aku pun heran la kenapa diorang tak hirau kat pc player sangat.Disamping tu korang jugak boleh customize karekter korang utk game ni,nak tmabah cat kat muka ke,nak pakai baju ghillie ke,tp secara overallnya x berubah mcm terdahulu,custimze senjata mcm biasa ada experince baru boleh dapat senjata lain itu shj.
 Secara kesimpulannya COD:black Ops adalah satu produk yg gagal,yang bangsat,yang teruk dari Treyarch ianya sungguh mengecewakan serta menjijikan untuk di mainkan,Teryarch telah memusnahkan harapan peminat COD seluruh dunia, sebab tak banyak perubahan dalam game COD:black ops multiplayer  gameplay kali ni mcm biasa juga ada Deathmatch,free for all,catch the flag,kemudian ada yg barunya cuma wager match,,korang dapat cod point dan spend kan point tu utk beli senjata..memang x banyak yg baru dalam multiplayernyer..ya mungkin korang tak bersetuju dgn aku,tp pada aku kalau korang tanya aku,"hei mcm mana COD:black ops ok tak?'aku jawab mcm ni je..kalau nak main single player ok tapi kalau ko nak main multiplayer baik main counterstrike.
So berikut adalah statistik aku tentang game ni


ORIGINALITY:  2/5
AUDIO/GRAFIK: 3/5
KETAGIHAN: 1/5
MULTIPLAYER/ONLINE :1/5
KESELURUHAN: 2/5

Monday 17 October 2011

CALL OF DUTY:MODERN WARFARE 2

call of duty:modern warfare 2 pc box art
Ulasan aku yg pertama dalam game tembak-tembak(1st person shooter).untuk pengetahuan korang semua ni la 1st time aku beli game original,bukan apa aku nak merasa mcm mana rasa main game ori dgn yg 'jacksparrow' punya version.Aku nak tengok mcm mana main game ni dalam environment multiplayer/online.sebab jacksparrow version tak boleh main la beb!nak cd-key ori la pulak.Call of Duty:Modern Warfare 2 (COD:MW2) dilancarkan pada tahun 2009.Game ni ada dalam platform Xbox360,PS3,dan PC.Tapi aku nak bagi ulasan untuk platform PC
Ok..game ni adalah lanjutan dari kisah Call of Duty 4:Modern Warfare yg keluar pada tahun 2007,jalan ceritanya,memang ada kena mengena sikit dengan siri yg sebelumnya.Jadi engkorang kena main yg siri sebelumnya kalau nak faham sikit jalan ceritnya.Tapi kalau tak main pun tak per.sebab korang tahu jgk nnt mcm mana ceritanya nanti.
Makarov ,fuh! memg jahat dia ni.

SINGLE PLAYER
Game ni best dari segi grafik,detail terperinci,,contohnya sampai jalan kat tepi tong sampah ada lalat terbang,korang tembak tembikai berkecai,ok gak ..pemandangan memang cantik,korang dibawak ke macam-macam tempat dlm dunia,dari pergunungan Tian Shan,Favela Brazil,Virgina US,lereng gunung2 kat Afghanistan,masuk dalam White House,dekat angkasalepas pun ada,masa ni korang jadi angkasawan..jalan cerita dia mcm korang tgk movie,,korang akan dapat 'feel' mcm mana rasanya jadi Komando British,askar US Ranger,jadi terorist(time ni kena menyiasat tentang Makarov)jadi secara tak lansung korang
kena ikut satu misi dgn dia ni la,jadi nak siasat punya pasal 'i follow' je la,,,
Aku main level ni tegak bulu roma...bayangkan sampai tahap mcm ni 'diorang'boleh buat game,,suka-suka tembak orang kat airport.ganas-ganas tapi korang boleh skip babak ni kalau tak nak main.tak perlu risau ending tak da kena mengena.Ni la satu-satunya game yg aku 1st time main boleh pulak tembak orang awam.kat sini aku nak nasihat sikit kalau ada budak kecik ke elok jgn bagi main la.tapi kalau korang guide ok.yang bestnya..part ending untuk serangan kat airport ni ada flick sikit,aku tak nak cerita tapi ianya merupakan satu kejutan bila sampai kat van ambulans tu..hehehe
Favela,Brazil.Masa ni misinya nak cari 'tokan' senjata haram
Titik tolak dari sinilah jalan cerita ni berkembang.dari satu level ke satu level.jalan cerita memang best..nanti korang pergi ke Favela,Brazil....macam kawasan setingan la...stage ni susah sikit sebab musuh datang tak tentu hala belakang,depan,atas atap rumah,tepi tepi semak,tingkap rumah,bumbung bangunan,baling bom pun ada,,oh ya jaga-jaga kadang2 masa ni Favelas(gelaran untuk penduduk tempatan) guna RPG.(pelancar roket)selamba diorang je guna...kat kawasan perumahan...aku mati banyak kali jugak masa kat sini.Dah menang stage ni lepas tu korang pegi kat US Virginia.Dan banyak lagi stage lepas nie...dan korang main dari satu karekter ke satu karekter bertukar-tukar lokasi.singleplayer memang best...
Plot cerita dalam game ni tak boring la..sama macam COD4 jalan cerita bagus...aku salute penulis game ni..dia buat karekter setiap seorang tu ada karisma masing masing..memang tak jemu la.singleplayer boleh kata keseluruhan memang ok.
AUDIO/VISUAL
Masa main pun tak sangkut sangkut pun..aku set resolusi tinggi pun ok(tapi biarlah kena dengan graphic kad pc korang)aku tak nampak lansung apa masalahnya buat masa ni.Secara jujurnya grafik COD4 ada beza la dgn COD:MW2 dia punya gambar cantik sikit.Sound dalam game ni gempak beb,korang pakai headphone masa main game ni memang tak ingat la,(Hans Zimmer komposer untuk lagu dlm game ni kalau korang nak tahu)..haha dengan bom meletopnya,bunyi senapang,suara orang menjerit la,fuh memang best...aku cadang korang main la singleplayer ulang-ulang banyak kali pun tak per.dah menang main lagi,,memang tak jemu.Dengan Intel yg bersepah-sepah kena cari setiap pelosok lokasi...(aku sampai hari ni tak complete lagi intel)memang aku cadang korang main singleplayer dulu lepas tu baru beralih ke multiplyer.
ONLINE MULTIPLAYER
Ok habis cerita bab singleplayer..masuk online multiplayer..konsep yg sama jg dengan COD4..ada experience..ada pengalaman baru boleh upgrade senjata...tapi beza sikit dari segi killstreak..sebab MW2 banyak kombinasi dan jenis killstreak..
Killstreak MW2,overpower sangat ke?25kills=nuke
Berbanding dengan COD 4,hanya ada 3 jenis shj..tapi dlm MW2 ada bnyk pilihan.tepuk dada tanya selera set shj apa yg mahu.Begitu juga dengan senjata.banyak senapang,shotgun,pistol,louncher yg boleh di cuba.perk pun banyak dengan sedikit penambahan.Perk ni kadang2 ada yg merepek repek Tuber(gelaran untuk orang yg suker guna pelancar roket yg melekat di senapang)boleh kata menjengkelkan.Disini pendapat aku la kan,terpulang la individu tu nak guna snepang apapun.ikut skil masing masing.Kalau itu dah tak boleh guna,macam mana yg suka guna sniper duduk setempat(camper),,jadi tak leh nak kata la kan.masing masing ada skill tersendiri.Kalau yang suka lari-lari tu macam mana pulak?..yg suka tikam-tikam..dari belakang tu .(rusher)tak pulak diorg komplain?hahaha lagi satu kelakar la kan..ada siap pegang pistol kiri,kanan di tangan sambil berlari..korang mesti pernah tgk kan?


Antara senjata yg terdapat dlm mw2
Kat sini aku nak bagi tahu kat korang suka main LAN,sememangnya kecewa,,tak mcm COD4,korang boleh main LAN,boleh main kat dedicated server..tapi MW2 huhuh menangis kuar air mata darah la jawapnya,aku kecewa jgk sebab macam mana la diorang boleh buat mcm ni punya style server,,,tak mcm game COD4  yg terdahulu..korang boleh main kat dedicated server main LAN,,tapi yg ni..IW net yg carikan match yg sesuai untuk korang..masalah la kalau kawasan tu kurang orang main MW2 kena la tunggu lama.lagi 'mangko' kalau bandwith masalah lagg la jawapnya,,nak lawan dengan orang lain tapi lagg,ping tinggi,kena tembak la jawabnya..aku pun tak faham kenapa la diorang tak leh fikir benda mcm ni.aku baca forum...boss diorang menegaskan cara ni lagi senang.tapi pada aku.. memang susah.Banyak isu timbul bila jadi macam ni.isu aimbot,orang main cheat(VAC..lansung tak dapat nak atasi masalah ni)Game best tapi online multipayer masalah sikit..Dah tu korang kena download Steam kalau nak main online.walaupun ada cara hacker nak main tapi itu la kan,,game mahal tapi maintenace utk baiki masalah  kurang dapat perhatian dari pihak IWnet.Game ni best kalau main single player tapi kalau multiplayer masalah sikit.susah nak main kalau interenet korang line cantik boleh la,ping pun cantik,,tak kisah.tapi setakat pakai tmnet 56 kb/s baik tak payah,kawan aku guna streamyx 512kbs pun ok,3 bar ping dapat,tak lagg sangat.Map untuk main multiplayer pun ada banyak(termasuk DLC package)tapi korang kena maambik masa untuk faham map,spot mana yg best untuk sniper,untuk letak bom,,aku memang suggest korang main map 'Rust' map kecik shj memang sesuai unutk beginnner.
Ok overall aku berpendapat game ni ok kalau nak main single player,jalan cerita menarik,karekter,skrip,sound,environment detail cukup bagus.tapi kalau multiplayer korang kecewa sikit sebab nak main multiplayer kena cari ramai member baru syok main ramai2.
 so berikut adalah statistik aku:-

ORIGINALITY:  5/5
AUDIO/GRAFIK: 5/5
KETAGIHAN: 5/5
MULTIPLAYER/ONLINE :4/5
KESELURUHAN: 5/5


Sunday 9 October 2011

GRAND THEFT AUTO 4

box art gtaIV

Grand Theft auto IV (GTA4) adalah game yg mengunakan platform 'action adventure'jenis game yg bebas berjalan di dunia itu sendiri.anda bebas nak buat apa naik kereta,naik motor,bas,lori apa apa sahaja kenderaan yang anda temui.Ianya dibangunkan oleh Rockstar North,salah satu syarikat Rockstar Games.
Kepada sesiapa yg pernah bermain GTA sebelum ini mesti sudah tahu format dan tentang cara permainan ini di jalankan,ianya simple sahaja hanya ikut sahaj arahan yang telah diberi,samping perlu mengumpul senjata,tapi jika tidak mahu ianya boleh di beli sahaja di pasaran gelap.
Tapi apa yang menarik tentang GTA4 kali ini banyak kenderaan yang nampak lebih menarik,dan diberi sentuhan yang kemas.Disamping 'environment' yg lebih segar dan luas serta kebebasan yang amat ketara.Walau ada yang mengatakan GTA San andreas merupakan Map yang terbesar setakat ini,tapi berbandinng kepadatan bandar ,saya rasa GTA 4 lebih hiruk pikuk dengan kesibukan dan kesesakan.

Liberty City
PLOT
Ianya mengisahkan watak Protoganis Niko Bellic yang berasal dari negara salah satu negara di balkan.ada yang kata dari Russia,ada yang kata Ukraine,tapi aku pun tak pasti yang mana satu...hehe..jadi si Niko datang ke Liberty City(lebih kurang mcm ibukota New York la lebih kurang)ni untuk mencari seseorang la,macam dendam kesumat yang perlu dilunaskan lebih kurang,,jadi datang ke Liberty City ni ada pula mujur la ada sedara di situ.Sedaranya si Roman,seorang bisnesman la,tapi belum tahap memberansangkan ,macam baru nak maju ala,apa kata orang,enterprepeneur,susah betul nak sebut..lebih kurang macam tu la.Di bukak bisnes bawak teksi di bandar Liberty City ni.Dan dari situlah bermulanya plot dan jalan cerita ni lebih menarik,start jumpa kawan-kawan yang lain.Dating dengan awek pun ada.hehehe..
Lama kelamaan jalan cerita lebih menarik dan akan berlaku dimana Niko terpaksa untuk membuat beberapa keputusan,dan jika keputusan yang di buat bakal mencetuskan perkembangan yang berikutnya,,aku tak nak bagitahu nnati tak feel pulak korang nak main.Tapi apa yang pasti jalan cerita game ni memang menarik..Disamping watak-watak dalam game ni mempunyai personaliti yang pelik dan kemudian ada gila-gila sikit.Aku cadang korang kalau nak main game ni kenalah  letak tahap gaban kesabaran korang sebab kadang polis ni kacau sikit,bila dah kena tangkap kena ulang balik.
antara senjata yg terdapat dlm GTA IV

GAMEPLAY 
GTA 4 tak sah kalau tak da radio station,korang boleh dengar akses ke station radio ni bila naik kenderaan.Setiap radio station mempunya genre dan irama yang tersendiri.Kalau boring korang nak naik keretapi pun boleh.lagi senang tak payah pikir jalan.Naik teksi pun boleh,lagi senang.Misi dalam game kali ni tak da beza macam game GTA sebelum ni..ugut,rompak,kidnap anak boss org jahat,sabotaj,curi kereta,bunuh org jahat,sniper orang jahat dekat atas rumah..apa sahaja la yang di upah oleh boss.Tak heran la game ni mendapat kritikan orang ramai kerana takut mempengaruhi minda kanak-kanak utk jadi jahat,pada pendapat aku yang suka main game ni..kita TAK BOLEH SALAHKAN PADA GAME,memang kanak-kanak ni mudah terpengaruh,tapi kena kawal la,,kalau sebagai mak bapak,kena la larang ye tak,kalau dah dewasa tu ko fikir la sendiri,game ni utk release tension sesuai la sangat hahaha.selain dari tu game ni kalau nak main setakat jalan atau menjelajah je memang sesuai,bawak teksi,naik heli ronda -ronda town.maknanya game ni tak terikat sangat dengan misi,contohnya kalau ada masa korang boring asyik buat misi,,boleh bawak teksi cari duit.senang.Plot dan jalan cerita tak ada perubahan kalai buat sub-mision.so kalau rasa nak jadi pemand teksi sampai matipun ok jugak.

MULTIPLAYER
Tak banyak yang aku dapat ulas tentang multiplayer dalam game ni sebab time aku nak try main je punya la berat,lagging,sangkut2 lagi.jadi...tak tau la nak masuk lobby pun tak dapat..bandwith aku ke problem,server roskstar ke problem?so sampai sekarang jadi misteri kat aku ,nak ulas apa bentuk game yang ditawarkan pun tak pernah main lagi,,sori bro.tapi insyallah kalau aku dapat main aku akan edit dan ulas dalam masa akan datang.apa yang pasti game GTA memang bagus untuk di mainkan bersama rakan-rakan mahu ketua kampung anda haha..
 so dibawah ni statistik aku:-

ORIGINALITY: 4/5

AUDIO/VISUAL : 5/5 

KETAGIHAN : 3/5

ONLINE/MULTIPLAYER: UNKNOWN

KESELURUHAN : 3/5