Thursday 17 May 2012

HEAVY RAIN

 Salam,apa khabar?kali ni aku nak review serba sedikit tentang game ps3 yang dah lama juga keluar di pasaran cuma aku sibuk dan jarang tulis blog dan tak berkesempatan nak tulis.tajuknya Heavy Rain.Berada di pasaran pada 23 Feb2010 (North America).Tapi sebenarnya Demo dah keluar awal 11 Feb lagi.Dibuat oleh Quantic Dream eksklusif untuk Playstation 3.Dikategorikan  game 'interactive drama'dan psychological thriller sememang nya game yang membuat jiwa korang kacau semasa bermainnya.Bayangkan diorang buat game yang penuh dgn drama yg suspen,thrill sambil korang main game.
HR Euro box art,cool eh?
HR US box art,cuba teka mana Ethan Mars?

Heavy Rain(HR)berkisar tentang kejadian siri pembunuhan kanak-kanak yang sering berlaku semasa hujan lebat.modus operandi pembunuhan mesti setiap kanak-kanak yang mati lemas ni tadi mesti ada origami dan sekuntum orkid di dada mangsa.Korang akan kontrol 4 orang karekter yang masing-masing menyiasat kes ni.

Ethan Mars seorang bapa yang terdesak mencari anaknya yang hilang dipercayai telah diculik oleh origami killer ni,dia ada beberapa hari sahaja untuk menyelematkan anaknya tadi.
Penyiasat FBI,Norman Jayden yang didatangkan khas utk menyiasat kes pembunuhan kanak-kanak,Norman mempunyai sepasang cermin mata yg berteknologi tinggi/canggih yang boleh menyalurkan dan mengemaskini setiap maklumat dan mengakses pengkalan data.
Penyiasat persendirian Scott Shelby,yg diupah khas oleh ibu bapa mangsa kanak sebelum ini untuk mencari pembunuh origami dan mengumpul maklumat tentang pembunuh.
Wartawan,Madison Paige yang menulis laporan kes kematian kanak-kanak yg mempunyai masalah insomnia yang teruk,kadang kala menyewa motel untuk mnecari angin dan mood mengatasi masalah insomnianya.

Heavy Rain(HR) adalah action adventure game dimana korang kena menekan button pada joystick pada waktu-waktu tertentu untuk melakukan aksi ,ianya game yang senang dimainkan ,mungkin permulaan korang tak biasa dengan arahan yang muncul,tetapi lama kelamaan mesti korang dapat tangkap apa arahan yang diberi serta seronok di mainkan selepas itu.
Dalam game ni korang kena tekan arahan yang keluar
HR lebih kepada macam drama games yang jika korang mainkan lebih kepada menghayati setiap dialog,setiap pembongkaran rahsia dan maklumat yang korang dapat membuatkan games ni lebih menarik.Betul-betul best!! sebab rasa macam korang lak jadi penyiasat!,betul bro..aku main games ni rasa macam tak sabar nak tahu sangat siapa pembunuhnya tu.hehe..disamping itu dalam game ni best dari segi bunyi dan alunan skor muziknya,ala drama biasalakan mesti ada dengan alunan runut bunyinya,sound effect& yang menariknya mcm filem hollywood la aku boleh katakan,kadang -kadang ada mood sedih ada mood thrill,suspen,mood semangat memang marvellous la aku cakap.Game ni memang layan.
HR ada mengeluarkan DLC,Taxidermist.dimana korang boleh download dekat playstaion network.aku pun tak try lagi sebab ambik masa yang lama jugak nak complete download.Aku dengar cerita kawna aku cakap ianya lanjutan dari kisah wartawan Madison yang menyiasat satu maklumat tentang pembunuh origami ni tadi.So ada lah beberapa cerita yang korang kena mainkan dalam bab ni.
Ok la aku rasa setakat ni aku boleh bagitahu kat korang kalau bagitahu semua tak syok la kan,jadi korang kena mainkan sampai tamat baru best.oh ya..untuk pengetahuan korang dalam game ni ada beberapa ending jadi cuba try habiskan game ni dengan ending yang berlainan ok.selamat berjaya happy gaming!!enjoy.


ORIGINALITY  5/5
Superb memang terbaik kategori drama interaktif games,thriller adventure games.Wah!,macam teknik permaianan games yang interaktif,mungkin antara game yang memberi inpsirasi kepada games yang lain.Games penyiasatan yang membuatkan anda melekat untuk terus bermain.Karekter yang original masing-masing ada peranan dan mempunyai jalan cerita.

AUDIO/GRAFIK 5/5
Aduh gambar cantik,detail dan teknik kontra cahaya dlama games ni macam movie la aku cakap,sound yang di olah ketika bermaian membuatkan terasa kita yang berada dalam situasai ni.disamping kesan hujan yang dikatakan membuatkan games ni lebih menarik...aku main games ni pun masa tengah hujan memang feel betul.

MULTIPLAYER/ONLINE 0/5
Setakat ni aku tak tahu lagi HR ada mode multiplayer.Kalau ada mesti lagi menarik kan?

KETAGIHAN 4/5
Memang ketagih,walauapun permulaan permaiana korang akan rasa susah sikit dengan arahan button tapi lama lama ok la aku rasa.Ada 4 aku rasa ending jadi aku rasa memang korang akan main ulang-ulang dan boleh mengkaji banyak aspek yang menarik.

KESELURUHAN 4/5
Ok secara overallnya games ni memang kena ada dalam koleksi games PS3 korang,salah satu genre yang baru serta korang kena main.Quantic Dream dijangka akan membuat games yang lebih kurang macam ni tak lama lagi.so korang main dan dan faham kan dulu teknik games ni.ok selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment