Tuesday 13 March 2012

ULTIMATE MARVEL VS CAPCOM 3

Salam 1 Malaysia..apa khabar saudara-saudara ku sekalian,macam mana bulan ni ok tak?dah lebam biji mata?dah bengkak-bengkak ke jari sebab terlalu banyak main games?hahaha,elok laa sebab kali ni pun aku nak review games jenis fighting atau game gadoh-gadoh tumbuk-tumbuk pulak.Apapun aku harap korang senantiasa happy dan gumbira bermain games dan serta njoy dengan games korang tu.Aku nak review game Ultimate Marvel VS Capcom 3(UMVC3) .Ianya adalah keluaran dari Capcom,biasala game fighting ni Capcom memang dah pakar membuatnya.Dikeluarkan pada lebih kurang  bulan November 2011.Game ni jenis fighting crossover,di mana Capcom buat macam sebelum ni jugak dimana karekter-karekter yang tertentu ni tadi bertembung untuk beradu kekuatan.
PS3 cover UMVSC3



GAMEPLAY
Cara Game ni dimainkan sama macam game sebelum ni,simple sahaja jenis crossover fighting,iaitu perlawanan 3VS3.Dan setiap karekter ada skill  dan korang kena  tekan skill button nak buat kuasa dan combos menjadikan ianya menarik dan lebih deadly.

KAREKTER
Antara wakil-wakil Capcom ni kebanyakannya dari game platform dan dari game yang hit sebelum ni.Ada Ryu,Akuma,Chun-Li,Crimson Viper(Street Fighter),Arthur,firebrand(Ghost N Ghouls),Chris,Wesker,Jill,Nemesis(Resident Evil),Dante.Vergil,Trish(Devil May Cry),Mike Haggar(Final Fight)Strider Hiryu(Strider Hiryu),Zero(MegaMan) dan banyak lagi,
Sementara itu wakil Marvel tak kurang hebatnya,Ada Spider-Man,Wolverine,Storm,Hulk,She-Hulk,Thor,Iron Man,Captain America,Hawkeye,Phoenix,Magneto dan lain-lain lagi.
wolverine,ghost rider dgn hawkeye satu team hehe


So aku rasa apa lagi yang korang tunggu,game ni memang best dan boleh jadi koleksi game fighting korang,disamping terdapat banyak watak2 komik dan superhero korang.

ORIGINALTY 2/5
Game ni adalah kesinambungan dar marvel vs capcom,jadi tak banyak yg improve dari format game fighting style,cuma banyak karekter yg diberi nafas baru da re-drawn balik,

AUDIO/GRAFIK 3/5
Sound amat baik sebab setiap karekter memberi suara ketika fight amat jelas didengar,korang akan dapat sdengar suara wolverine spiderman memang realistik.grafik tak jauh beza mcm yg sebelum ni.

KETAGIHAH 2/5
Buat permulaan memang seronok utk dimainkan,lama kelamaan dah master teknik mungkin merasa bosan,tp keseronokan dapat dicipta kembali jika bermain bersama-sama kawan atau family.

MULTIPLAYER/ONLINE 1/5
Amat susah nak main online,masalah connection kadang2 membuatkan game ni spoil,lagging ketika fight lagi buat korang tension, kalau ada kaki dari negara sama boleh buka room utk main sama2 so tak la lagg sgt.

KESELURUHAN 3/5
Tahap biasa-biaa sahaja tapi disebabkan karekter dan superheroi yg hebat membuatkan game ni seolah mesti kena ada dalam koleksi.