Wednesday 8 January 2014

BATTLEFIELD 4

Hi geng gamers semua.Apa khabar?dah sarapan pagi?Hari ni gua nak review satu game FPS yang baru di keluarkan di akhir tahun lepas iaitu BATTLEFIELD 4 (BF4) yg di buat dari kompeni EA/DICE studios.Game yang di nanti nantikan oleh pengemar FPS.Terdapat dalam konsol PS3,Xbox-360 dan Microsoft Windows unutk PC.Boleh dikatakan ianya adalah diantara title yg di tunggu oleh pengemar FPS untuk tahun ini.Termasuk aku hahaha..malah aku mmg cukup menaruh harapan yg tinggi untuk melihat apa sebarang peningkatan yg telah di lakukan dalam game ni selepas kejayaan BF3 yang dikeluarkan sebelum ni.
Battlefield 4 ps3 cover
Macam biasa dan tradisi FPS game ni memberi pandangan dari sudut seorang askar marin US yg berusaha untuk menjalankan misi.

ORIGINALITY 3/5
Dari sudut keaslian game ni tak banyak beza dengan edisi terdahulu,ianya adalah sedikit kesinambungan dari BF3 di mana kamu membawa watak seorang askar yang menjalankan misi,menembak,membunuh musuh,meletopkan kereta kebal.Senapang yang terdapat dalam BF3 diangkut semula kedalam BF4.tak banyak beza cuma penambahan beberapa senjata.

AUDIO/GRAFIK 2/5
Aku cukup kecewa dengan audio dan grafik dalam BF4,kalau sebelum ni dalam BF3 mereka meletakan Tinted biru dalam Operation metro(multiplayer map) tetapi kali ni terdapat banyak permasalahan dalam game ni.Aku tak tahu mungkin mereka membuatnya dalam keadaan tergesa gesa kerana pelancaran Call of Duty GHOST yang hampir dekat dgn BF4 maka ianya nampak sangat melemahkan jiwa ketika bermain dalam game ni.terdapat beberapa glitch dan bug dalam game ni.Tompok-tompok air di lopak tidak begitu realistik.Keadaan kenderaan yang tidak kemas.seperti kotak kotak sahaja aku tengok,pokok kelapa,bangunan yang streotype dan seakan sama.Asap asap,debu dan kesan api dari kereta yang terbakar tidak begitu realistik.tak seperti BF3 yang nampak begitu realistik dengan kesan letupan dan asap yang cantik.Kesan tayar di kenderaan BF3 nampak begitu timbul tidak seperti BF4 yang nampak macam 'cincai' sahaja.Sound pula kadang kadang ada,kadang kadang lambat baru ianya kedengaran.Aku tak tahu mungkin ianya masih terlalu awal untuk aku komen di sini,BF4 kebiasaanya akan di patch dari masa kesemasa dan kita tunggu dan lihat bagaimana nanti.

MULTIPLAYER/ONLINE 2/5
Di saat aku menulis review ni BF4 dan pihak EA/DICE masih lagi belum membuat sebarang penambahan atau fixing patch untuk BF4.Apa yang aku nak tekan kat sini ialah berdasarkan pengalaman aku bermain secara multiplayer dan online sepanjang setakat ni.ada beberapa isu yang masih merencatkan keseronokan ketika bermain game ni.Oh ya BF4 kali ini mengembalikan mode untuk commander.

i.)Game Freeze/Bug/Glitches-sungguh mengecewakan EA/DICE release game yang unfinished produk.Boleh dikatakan 80% game ni mengalami masalah,ramai gamers yang aku jumpa dan memberi pendapat mereka kecewa dgn keadaan nin.ye la mana taknya tengah sedap main tiba tiba game korang freeze,tersekat,macam mana perasan korang?lagi buruk single player campaign korang kena reset main semula.Ianya kerap berlaku terutama di multiplayer.Aku tak tahu la macam mana sebegini besar dan pengalaman developers boleh terjadi.kalau takat 1,2 perkara ok.Ini boleh bertan- tan bug dengan glitch masalah dalam game ni,punya la banyak,tapi ada peminat tegar kata yg ni ok tak jadi masalah,ye la masing masing punya pendapat,tapi pada pendapat aku kita telah membayar dgn harga dan kos yg mahal unutk membeli game ni tp pihak developers macam acuh tak acuh memberi servis.Disamping tu pihak developers juga lambat untuk memberi patch dan fixes unutk game ni menambahkan serta merencatkan keseronokan gamers.

ii.)Grafik/Sound Quality-Di katakan pihak EA/DICE akan menambah baik pulih keadaan grafik dan sound dalam game ni dalam patch yg akan datang,tetapi di saat aku menulis review ini keadaan BF4 mmg suc* banyak kerosakan dan kelemahan dalam game ini,banyak detail dan barang perincian yg harus di baik pulih.Ini bukan la grafik dan sound frosbite3,ini reput frost.Aku secara peribadi menyifatkan ini adalah teruk.Mood unutk bermain sangat rendah dalam BF4.

iii.)Server-mode unutk server yg teruk.tiada pembentukan squad di awal menu.Pilihan untuk join squad tiada disediakan.Interface untuk setup dan load up weapon/customize weapon perlu dibuat setelah korang join server.
iv.)Map design-map design dalam BF4 sangat lah terlalu cincai.flanking dan kejutan unutk menyerang balas serta geografi muka bumi map dalam BF4 terdapat kelemahan.spawn location kadang kala yang tak masuk akal.Tetapi Levolution yang di lakukan dlm game ni aku harus puji,setiap map ada levolution yg ternsedir contohnya empangan pecah,bangunan runtuh, ribut pasir dan bermacam lagi merupakan satu elemen yang cantik.

iv.)Game crash-Bagi pc player,kadang kadang konsol palyer pun sering berlaku.Ianya kerap berlaku sebelum patch lagi,mereka patut membuat kualiti cek sebelum releasekan game ni.

KETAGIHAN 1/5
Buat masa ni aku tak berminat nak sentuh game ni.Kalau main pun kadang kadang sj,buat ms ni aku nak tunggu patch dan pembaikan yg dilakukan oleh pihak EA/DICE dan aku nak tgk perbezaan yang akan di lakukan mereka.Aku nak tgk adakah sebarang maintenance yg di lakukan,namyak aduan di buat di forum forum dan emial di hantar oleh gamers mengeluh dan mendesak agar EA/DICE membuat perubaha,adakah pihak developers mendengar rinithan gamers atau diabaikan.Game ni memang seronok di mainkan tapi terdapat beberapa fixes dan kemaskini yg harus di lakukan segera oleh pihak developers untuk menambat hati fans mereka.Kita tunggu dan lihat.

KESELURUHAN 1/5
Buat masa ni aku boleh kata game ni memang banyak kelemahan dan tiada unsur unsur keseronokan untuk bermain,samada dalam multiplayer atau single player.Aku boleh kata kita tunggu dan lihat bagaimana pihak developers membawa dan menambah baikan lagi sistem game ni.Apa yang pasti BF4 adalah game yang menarik unutk di mainkan terutama bersama-sama rakan dan setakat ini BF4 tidak ada saingan yang dapat mengalahkan mereka,dan mungkin jiak pihak developers tidak mengambil berat hal ini kemungkinan besar fans dan pengemar tegar BF4 akan berpindah berhijrah ke arah game yang lain.

Jadi aku harap korang dapt menimbang tara macam mana dan kemana arahnya BF4 selepas ini.Di masa penulisan review ini aku pun masih menunggu update pacth dr EA/DICE dan aku akan review jika ada perubahan drastik di lakukan oleh pihak Developers
BF4 class