Wednesday 7 December 2011

statistik

STATISTIK/MARKAH
Ada orang tanya aku apa peranan stat yang selalu aku tulis di akhir review tu.So aku bercadang nak buat satu explaination mcm mana pandangan aku terhadapt pada satu game tersebut,so stat atau markah yang aku berikan pada setiap game adalah beradasarkan pendapat aku pada game ni,ianya mungkin bercangah dengan setiap individu dan pihak.Setiap stat aku bahagikan kepada beberapa faktor antaranya ialah:
Playstation

ORIGINALITY (markah penuh 5)
Original bermaksud game ni tidak diciplak dari game lain2 secara total,setakat  20% scene atau gameplay tu sikit2 boleh accept la jgk,kalau dah semua dari segi gameplay/skill,graphic,audio memang ke 'tong sampah la jawabnya' then sesuatu game tu nak jadi game terbaik kena lah ada originality nyer,Bagaimana kalau cedok/adaptasi dari movie?so kena tengok keadaan berapa % yg diorang cedok..then tgk mcm mana game tu,kadang2 ada scene movie yang menarik developers akan masuk dalam game itu,contohnya scene dalam movie terminator 2 Arnold naik motor kena kejar dengan T2000 telah dicedok dalam satu stage COD:black ops semasa  Alex Mason nak melepaskan diri dari penjara Vorkuta naik motor so adalah beberapa scene yang sama,,so aku rasa boleh accept la juga sebab sikit je.

AUDIO/GRAFIK(markah penuh 5)
Audio sound dalam game ni macam mana?Aku akan perhatikan dari segi detail bunyi effect dalam game tu termasuklah suara karekter2 dlm game tu,soundtrack,theme song kalau ada,Setengah game memang menitik beratkan dalam hal ini,sehingga sekecil-kecil bentuk bunyi pun diorang akan masuk.Itu yang aku perhatikan dan respek,then dari segi grafik mestilah luas skopnya detail dari segi pakaian karekter,kemudian dari segi alam/nature/environment sekeliling,dan interaktif dengan alam sekeliling pun aku tengok juga,dan macam2 lagi yg aku perhatikan

KETAGIHAN(markah penuh 5) 
Kalau korang ni seorang manusia normal mesti sekali-sekala bila dah lama tak main game tu mesti akan rasa nak ulang balik main game tu kan,tipu lah kalau korang dah habis main game tu atau dah menang ke mesti tak nak main balik kan hehe,,betul tak?Begitu juga dengan aku,Serius aku cakap aku masih  main lagi game TETRIS (8-bit Famicon)tu lagi,excitebike pun sama.Command & Conquer generals tu aku layan lagi sampai sekarang tak tahu nak ckp mcm mana nak kata,.heheh tp ketagihnya aku  pada TETRIS tu nak kata grafik tetris tu tak la cantik sgt,tp entah la aku rasa mcm tenang bile main game tu. hehe.So aku rasa ketagihan ni perlu dalam sesuatu game tu.Ialah masakan tidak Mario Bros boleh jadi legend kalau ada orang yang masih ketagih main game tu lagi kan?
Tetris 8 bit
MULTIPLAYER/ONLINE(markah penuh 5) 
Ada orang suka main beramai-ramai dengan kawan-kawan mereka,tak kira la secara online ke,LAN di cybercafe,tapi apa yang pasti satu-satu game tu mesti ada support Multiplayer ni,Huraian aku termasuklah dari segi Server yang developer sediakan,dari segi lagging,Ping dalam game tu,dari segi berapa ramai yang boleh main dalam game tu,ramai ke tak boleh main dalam satu-satu masa.

KESELURUHAN(markah penuh 5)
Huraian secara keseluruhanya tentang game tersebut yang aku buat,kat sini aku akan cadang kat korang sama-ada nak beli ke atau tidak game tu,samada ianya bernilai tak dengan wang ringgit yang korang spent kan tu(tapi keputusan tetap ditangan korang ok)aku hanya beri pandangan pada game tersebut sebab ianya duit korang hehe,apapun aku akan galakan korang beli yang ori ok,NO JACK SPARROW version ok,support la sikit our local gamestore.:-) Lagipun tak rugi korang beli game ori ni,kalau contohnya PS3 aku dengar boleh trade in.boleh jual semula,kalau korang sayang tak yah jual,buat collection,satu masa game tu dah naik harga ke,jadi 'rare game' ke korang boleh jual balik.

Update 02/12/11: Oh ya mengenai game yang ada update atau  DLC serta patch dari masa kesemasa tu  macam mana?contohnya macam game mmorpg yang senantiasa di Patch?so aku akan huraiakan juga Statnya juga mungkiin berubah dari masa kesemasa,sebab tak adil la kita nak judge game ni dari version bawak keluar dari kedai dan pertama tu,jadi kadang-kadang pemantaun dari game developers tu yang penting untuk buat game tu lebih menarik,ye la contohnya kalau dengan Bug,error,yang tak di update spoil juga betul tak?,dengan banyak  'glitch' la kadang tu aku jumpa dalam setengah game-game tu aku juga akan update tarikh dan event2 yang menarik dari game tersebut.So stay tune 'happy gaming'
Famicom 8-bit hehe banyak memori game ni

No comments:

Post a Comment