Friday 30 December 2011

NEED FOR SPEED:THE RUN

NFS:THE RUN for PS3 box art cover
Hello,apa khabar semua,kali ni aku review game PS3 yang banyak legasinya di dalam dunia game racing.Semua orang akan tahu kalau EA dengan game racingnya Need for Speed(NFS),cakap je NFS semua orang tahu,start dari NFS  edition tahun 1994,lps tu NFS Underground dan mcm2 lagi.Tapi kali ni aku nk review game EA NFS yg terlatest sekali NFS:The Run.Aku rasa la kan EA banyak sekali mengeluarkan version2 NFS ni di pasaran.Start dari 90-an lagi dah ada.Aku ingat lagi main version NFS:Porsche lagi pada masa tu hehe..memang best masa tu.Mana taknya masa tu NFS la satu-satunya game racing kereta,tp bila nka masuk era 2000 makin banyak game racing ni di pasaran,Ok lah NFS:TR ni di buat oleh EA BLACKBOX mengunakan engine FROSTBITE2(ya,engine yg sama time korang main Battlefield 3),jadi kiranya diantara teknologi yang terkini dalam dunia games ketika ini.Jadi gambar dan grafik dalam game ni memang VAV* la hehe..ianya di edarkan pada15hb November 2011.Harga lebih kurang RM150~RM170,bergantung pada kedai,tapi kalau korang dah ada game account STEAM boleh download(digital)terus dengan bayaranya murah sikit.NFS:TR terdapat dalam platform PC,PS3,X-BOX 360 dan Wii.
  
PLOT
Dalam episod kali ini korang akan membawa watak Jack Rouke,seorang pelarian yang telah 'bikin masalah' dengan sebuah organisasi kongsi gelap,,aku tak tahu sangat apa yang Jack dah buat pada organisasi ni,berhutang ke,kalah judi ke apa aku pun tak tahu,Jadi setelah dia menyelamatkan diri dari cubaan membunuhnya itu,dia telah di hubungi oleh kawan lamanya Sam Harper,Sam berjanji kepada Jack untuk menyelesaikan masalahnya dengana syarat Jack mesti berlumba untuknya,Perlumbaan yang Jack kena sertai itu sangat mencabar dimana perlumbaan tu melibatkan 200 orang pelumba bermula di San Francisco ke New York.Haha mesti korang terkejut kan kena merentas negara Amerika tu sepanjang 3000batu tu beb!tapi Jack dengan semangat pelumba yang sejati bersetuju untuk berlumba,Jadi di sini lah startnya perlumbaan korang dan banyak halangan yang Jack tempuhi,banyak race yg korang hadapi sepanjang dalam game ni,Yang bestnyer bukan dengan pelumba-pelumba yang lain korang kena berjaga-jaga,kadang-kadang polis pun ada,so dlm masa yg sama korang race tu,korang kena pandai-pandai lah selamatkan diri dari di kejar polis,dan tiba satu peringkat tu pulak dengan organisasi kongsi gelap tadi pun tumpang sekaki,diorang ni  akan cuba memburu dan membunuh Jack.Jadi aku tak nak spoilkan apa yang berlaku seterusnya aku harap korang akan tengok sendiri apa yang berlaku seterusnya,sama ada berjaya ke tidak Jack dalam perlumbaan ni?hehe korang kena main sampai habis kalau nak tahu.. :-)

NEW FEATURE
Cinematic Action-Jack sedang cuba melepaskan diri,kena tekan button tu cepat2
Dalam NFS kali ini developers memperkenalkan satu jalanan cerita yang baik,plot yg korang diikuti akan merungkaikan jalan cerita,dan buat pertama kalinya dlm NFS korang akan dapat melihat wajah pelumba tersebut.Sebelum ni setakat muka member2 racing,model-model je,tp kali ni baru nampak.Selain dari tu ada perubahan sikit pada gameplay kali ni,selalu kita hanya kontrol kereta shj,tp kali ni dalam masa-masa tertentu korang juga akan kontrol Jack,contohnya bila Jack kena kejar dengan penjahat,satu scene tu kereta korang dah kena langgar dengan mafia jadi korang berlari untuk menyelamatkan diri,kena lompat bangunan,lari laju,kena berpaut dan mcm2 lagi lah tp apa yg pasti perubahan ini memang menarik untuk di cuba.Cinematic action yang diperkenalkan kali ni,amat menarik dalam percubaan dan pembaharuan oleh developers,nampak gayanya dalam NFS pun dah diperkenalkan cinematic action ni,ingat game God of War sahaja yg ada.hehe..
Tapi tak banyak pula perubahan dalam kategori racing,seperti sebelum ni juga korang akan race dari point A ke pint B(sprint),cuma kali ni korang akan race merentasi Amerika jadi tak da track,takda litar tak da circuit 3 kalia round ke hehe,,memang tak da,kalau ada drifters tu mintak maaf la ya drift memang tak ada,kalau ada pun aku rasa sikit sangat,itu pun semasa race turun bukit.Kalau aku nak ringkaskan race kali ni kebanyakannya jenis racing yang straight forward(boleh kata  kebanyakan racing jenis sprint),selain dari tu juga Developers juga memperkenalkan satu lagi rewind system,Rewind system ni jika korang eksiden ke,tersilap lorong jadi boleh ulang sekali lagi dari checkpoint yg disediakan.jadi tak perlu nak ulang dari mula,apapun rewind system ni terhad kepada 5 kali sahaja.Selain dari tu memang sedia umum sebelum ni pun sudah ada Autolog yang korang boleh compete dengan rakan secara online.Autolog ni ialah kalau korang ada internet dan main online dengan kawan-kawan korang boleh bersaing la dengan masa terpantas bagi satu-satu kawasan tu.Ianya macam update kan status masa/best time korang la dalam game ni.

CARS
EA telah mengambil lesen untuk memasukan banyak 'real' nama-nama besar industri kereta dalam game kali ini.Korang boleh memilih bermacam-macam kereta dalam game ni dari BMW M3,Bugati Veyron,Lamborghini Murcileaigo,Ford Mustang,Mitsubishi,Toyota dan bermacam-macam jenis lagi,fuuh memang banyak la,aku rasa ada lebih kurang 20 nama-nama besar  dalam industri kereta terdapat dlm game ni,dan ada lebih kurang 100biji kereta yang korang boleh pilih dan ianya di 'unlock' ataupun hadiah reward setiap kali korang menang race.Dari jenis klasik sehinggalah ke Supercar.Dari supercharger ke Turbo,dari muscle ke sport car semua ada.Dan setiap kereta itu semestinyalah lain cara handling nya.
HANDLING
Dalam NFS:TR kali ni aku rasa pengendalian kereta ni lain sikit,amat susah nak kontrol berbanding sebelumnya,korang kena main lama sikit baru ok.Boleh katakan kebanyakan game racing pun macam tu,tapi NFS:TR memang berbeza,memang mencabar la katakan hehe...aku pun kadang terbabas juga,boleh kata setiap ending,finishing di garisan penamat kereta aku tak pernah perfect,kesan calar mesti ada punya,boleh katakan mesti finishing dalam keadaan remuk bumper la,pecah cermin,kelakar pun ada bila kau tengok keadaan kereta bila tiba di finishing.

AUTOLOG
Salah satu kelebihan kalau orang main game ni online ialah autolog,iaitu server yg disetkan unutk mencatat masa korang semasa racing dalam setiap perlumbaan yg orang masuk,kemudian ianya akan di update untuk melihat sama ada korang boleh compete dengan masa terbaik rakan-rakan korang.

MULTIPLAYER
Server dalam game ni ok juga,amat senang nak join game dan race,semuanya akan disetkan oleh korang sendiri.Tapi bab kereta-kereta pula tak yah pening-pening set,semuanya dah 'highly tune',jadi AI komputer akan pilih kereta yg patut-patut sahaja boleh race untuk track tertentu.
Game Grafik dalam NFS:the run memang cantik

GRAFIK/VIDEO
Engine Frostbite2 mmg tak menghampakan,kualiti gambar dan video dalam game ni memang cantik,smooth.licin dan cantik sungguh.Korang akan terpegun dengan kelancaran game ni ketika bermain,tak da sangkut-sangkut,silauan sinaran matahari kadang2 menganggu ketika kelancaran korang bermain hehe(realistik silau bila matahari berada di hadapan korang),detail setiap alam sekeliling boleh tahan,contohnya tiang lampu pecah,pondok bas boleh dirempuh pecah,kereta-kereta yang di letak bahu2 jalan,pokok-pokok dan salji turun dengan lebat,tak nampak jalan dan jarak penglihatan yang terhad.Selain dari itu korang akan dapati game ni memang realisitk dari segi tempat,banyak kawasan di Amerika masuk dalam ni,contohnya Taman negara Yellowstone,New York,Chicago,Chinatown San Francisco dan lain-lain lagi.Boleh kata dalam NFS:THE RUN ni aku rasa tercantik sekali dalam banyak-banyak game NFS.

SOUND/SONG TRACK
Deruman enjin kereta adakala macam ganjil sikit,walaupun kesemua kereta adalah real,tapi bunyi enjin kereta aku rasa ganjil,selain dari itu ok,bunyi kaca pecah,langgar kereta memang real,detail bunyi pun boleh tahan,cthnya tayar korang membrek,NOS,dan bunyi air terjun bila kornag lalu kawasan air terjun,bunyi salji dan banyak lagi.Lagu-lagu dalam game ni aku rasa kurang best ,tak seperti dalam game NFS:UNDERGROUND banyak track2 yang best ketika race aku rasa ianya ok2shj la,ada lagu rock,lagu trance.
Antara kereta yang terdapat dlm NFS:Run
KESIMPULAN
Ok la dalam kesimpulanya yang aku boleh beri kali ini ialah, game NFS:THE RUN ni setakat average sahaja,setakat biasa-biasa sahaja,ianya satu tahap yang biasa-biasa tak da yang istemewa yang boleh 'meletopkan'game ni unutk orang nak beli dengan rakus heheh,mungkin orang dah boring dengan game NFS ni ke?iatau mungkin orang boring sebab NFS ada 3 version setahun,jadi orang macam budget juga nak beli keluaran EA NFS ni?ye la korang bayangkan 3 keluaran dalam masa setahu,NFS:HOT PURSUIT pun keluar tahun ni,NFS:SHIFT UNLEASHED pun keluar juga mana la orang tak tension.Pada aku game ni mengamit memori aku pada NFS sebelum-sebelum ni.cuba korang amati betul-betul nnt korang akan dapati banyak scene dan stage yang terdapat dlm NFS keluaran sebelum ni,sebab ada beberapa stage tu korang akan faham dan nampak macam di remake semula,contohnya race di San Francisco tu,kalau korang main game nfs:underground ada stage yang menuruni bukit tu ingat tak?jadi ianya macam tribute unutk player yang setia la di buat semula.Hanya orang dan player pernah main sahaj yang nampak.hehe....ok lah kalau korang tanya aku kena beli ke tak game ni,aku cadangkan tunggu lambat sikit pun takper tak yah nak terburu-buru sangat main,kalau boleh beli pre-owned game pun tak per,hehehe...ok selamat bermain dan ingat 'don't drink and drive,if u need speed,just play  NEED FOR SPEED..

berikut adalah statistik aku,   
ORIGINALITY: 3/5
Seperti biasa-biasa dan kebanyakan game racing yang terdapat dalam pasaran,race kemudian menang,macam ketandusan idea la diorang ni,cumanya yang boleh tahan kal ini ada jalan cerita yang meningkat serta plot yang menarik diikuti,selain dari itu ketulenan game ni seperti sebelum ni juga.average tahap biasa-biasa sahaja.

AUDIO/GRAFIK: 3/5 
Audio sound dalam game boleh tahan,detail dan cukup jelas didengari,dan tetapi sound track setakat biasa-biasa sahaja takder killer song dalam game kali ini,grafik memang cantik tahap gaban,memang uptodate la detail alam semulajadi dan scenery yang tak jemu di lihat.


KETAGIHAN: 2/5
Aku main game ni sekali round sahaja,maksudnya dah menang sekali mcm malas nak main lagi.tak rasa macam nak ulang lagi buat masa ni,mungkin faktor game racing yang kadang kala bosan melalui track yang sama,atau mungkin aku ni seorang pemandu yang pemarah,hehe ye la game racing ni kena di mainkan oleh orang penyabar,asyik langgar kereta je dah fed-up setakat orang yang suka fast adventure tak sesuai,hehe

MULTIPLAYER/ONLINE :3/5
Server unutk main online ok,tak da masalah lagi aku tengok masa ni,lancar dan match making pun tak jadi masalah jangan risau kalau korang level rendah akan race dengan yang sama dengan korang juga.Lagg kadang-kadang ada juga,tapi bergantung pada time korang main,kalau time waktu puncak memang lagg.Kalau ada kawan add sebagai buddy boleh race sama-sama dan Autolog yang menarik dan kompetetif dan mengalakan saingan secara sihat.

KESELURUHAN: 3/5
Overallnya game ni memang di tahap biasa sahaja,mungkin jalan cerita dan beberapa elemen yang baru membuatnya menarik sedikit dan unik dari beberapa game NFS sebelum ini.Cinematic action dan Frostbite engine mungkin menjadi pencetus kepada game game EA selepas ini dan banyak lagi game lain akan mengikuti jejaknya.Kalau korang suka game racing dan mengharapkan NFS:the Run untuk mencari keseronokan,mungkin ada yang merasa ianya sedikit kekecewaan,tapi jika bermain setakat kasual dan enjoy memang sesuai.apapun keputusan ditangan korang ok.enjoy and happy gaming.peace!
Sam Harper&Jack Rouke

No comments:

Post a Comment