Sunday 9 October 2011

GRAND THEFT AUTO 4

box art gtaIV

Grand Theft auto IV (GTA4) adalah game yg mengunakan platform 'action adventure'jenis game yg bebas berjalan di dunia itu sendiri.anda bebas nak buat apa naik kereta,naik motor,bas,lori apa apa sahaja kenderaan yang anda temui.Ianya dibangunkan oleh Rockstar North,salah satu syarikat Rockstar Games.
Kepada sesiapa yg pernah bermain GTA sebelum ini mesti sudah tahu format dan tentang cara permainan ini di jalankan,ianya simple sahaja hanya ikut sahaj arahan yang telah diberi,samping perlu mengumpul senjata,tapi jika tidak mahu ianya boleh di beli sahaja di pasaran gelap.
Tapi apa yang menarik tentang GTA4 kali ini banyak kenderaan yang nampak lebih menarik,dan diberi sentuhan yang kemas.Disamping 'environment' yg lebih segar dan luas serta kebebasan yang amat ketara.Walau ada yang mengatakan GTA San andreas merupakan Map yang terbesar setakat ini,tapi berbandinng kepadatan bandar ,saya rasa GTA 4 lebih hiruk pikuk dengan kesibukan dan kesesakan.

Liberty City
PLOT
Ianya mengisahkan watak Protoganis Niko Bellic yang berasal dari negara salah satu negara di balkan.ada yang kata dari Russia,ada yang kata Ukraine,tapi aku pun tak pasti yang mana satu...hehe..jadi si Niko datang ke Liberty City(lebih kurang mcm ibukota New York la lebih kurang)ni untuk mencari seseorang la,macam dendam kesumat yang perlu dilunaskan lebih kurang,,jadi datang ke Liberty City ni ada pula mujur la ada sedara di situ.Sedaranya si Roman,seorang bisnesman la,tapi belum tahap memberansangkan ,macam baru nak maju ala,apa kata orang,enterprepeneur,susah betul nak sebut..lebih kurang macam tu la.Di bukak bisnes bawak teksi di bandar Liberty City ni.Dan dari situlah bermulanya plot dan jalan cerita ni lebih menarik,start jumpa kawan-kawan yang lain.Dating dengan awek pun ada.hehehe..
Lama kelamaan jalan cerita lebih menarik dan akan berlaku dimana Niko terpaksa untuk membuat beberapa keputusan,dan jika keputusan yang di buat bakal mencetuskan perkembangan yang berikutnya,,aku tak nak bagitahu nnati tak feel pulak korang nak main.Tapi apa yang pasti jalan cerita game ni memang menarik..Disamping watak-watak dalam game ni mempunyai personaliti yang pelik dan kemudian ada gila-gila sikit.Aku cadang korang kalau nak main game ni kenalah  letak tahap gaban kesabaran korang sebab kadang polis ni kacau sikit,bila dah kena tangkap kena ulang balik.
antara senjata yg terdapat dlm GTA IV

GAMEPLAY 
GTA 4 tak sah kalau tak da radio station,korang boleh dengar akses ke station radio ni bila naik kenderaan.Setiap radio station mempunya genre dan irama yang tersendiri.Kalau boring korang nak naik keretapi pun boleh.lagi senang tak payah pikir jalan.Naik teksi pun boleh,lagi senang.Misi dalam game kali ni tak da beza macam game GTA sebelum ni..ugut,rompak,kidnap anak boss org jahat,sabotaj,curi kereta,bunuh org jahat,sniper orang jahat dekat atas rumah..apa sahaja la yang di upah oleh boss.Tak heran la game ni mendapat kritikan orang ramai kerana takut mempengaruhi minda kanak-kanak utk jadi jahat,pada pendapat aku yang suka main game ni..kita TAK BOLEH SALAHKAN PADA GAME,memang kanak-kanak ni mudah terpengaruh,tapi kena kawal la,,kalau sebagai mak bapak,kena la larang ye tak,kalau dah dewasa tu ko fikir la sendiri,game ni utk release tension sesuai la sangat hahaha.selain dari tu game ni kalau nak main setakat jalan atau menjelajah je memang sesuai,bawak teksi,naik heli ronda -ronda town.maknanya game ni tak terikat sangat dengan misi,contohnya kalau ada masa korang boring asyik buat misi,,boleh bawak teksi cari duit.senang.Plot dan jalan cerita tak ada perubahan kalai buat sub-mision.so kalau rasa nak jadi pemand teksi sampai matipun ok jugak.

MULTIPLAYER
Tak banyak yang aku dapat ulas tentang multiplayer dalam game ni sebab time aku nak try main je punya la berat,lagging,sangkut2 lagi.jadi...tak tau la nak masuk lobby pun tak dapat..bandwith aku ke problem,server roskstar ke problem?so sampai sekarang jadi misteri kat aku ,nak ulas apa bentuk game yang ditawarkan pun tak pernah main lagi,,sori bro.tapi insyallah kalau aku dapat main aku akan edit dan ulas dalam masa akan datang.apa yang pasti game GTA memang bagus untuk di mainkan bersama rakan-rakan mahu ketua kampung anda haha..
 so dibawah ni statistik aku:-

ORIGINALITY: 4/5

AUDIO/VISUAL : 5/5 

KETAGIHAN : 3/5

ONLINE/MULTIPLAYER: UNKNOWN

KESELURUHAN : 3/5

No comments:

Post a Comment