Monday 23 February 2015

DESTINY

     Assallammualaikum w.b.t apa khabar semua gamers?adoi  lama dah tak update blog.Lama dah tak main games.Buat masa ni aku pun sibuk kerja pulak tu.
Destiny PS4 Cover
Ok straight to the point aku nak review satu game FPS ni,actually dah lama keluar games ni.namanya Destiny.Ianya FPS game jenis tembak tembak la kan apa lagi.Ok 1st impression aku kat game ni macam tipikal game tembak mcm Battlefield,Counterstrike la kan tembak menembak Alien,kemudian menang.Tapi selepas aku main 2,3hari baru aku nampak kelainan dan keunikan games ni.
 Destiny adalah yang di buat developers yang sama membuat games HALO,iaitu Bungie dan sebahagian lagi developers Activision.Terdapat dalam sistem PS3,X-BOX360,PS4 dan X-BOX ONE.

ORIGINALITY 3/5
Dalam game ni korang kena pilih 3 karekter,Hunter,Titan dan Warlock,masing mempunyai special abiliti dan unik.Selain dari itu game ni menampilkan banyak Alien yang bermacam macam spesies.
sila pilih guardians anda
Game ni aku kata unik sebab dari segi genre nya.umum tahu ianya FPS,tp bagaimana kalau konsep MMORPG di terapkan dalam game FPS?,so sesiapa yang pernah ataupun biasa main mmorpg tahu mcm mana sistemnya kan,di tambah konsep FPS pula mesti rasa macam pelik (termasuk aku).ianya lain dari yang lain game FPS aku pernah main.Dalam game ni korang kena up kan karekter korang di satu tahap(level 20).
Di samping buat bounty,misi,raid dan strike. Apa yang menarik di sini Raid bukan sekadar tembak menembak alien sahaja,Ianya penuh dengan taktikal,timing,teamwork(Oh teamwork dalam Raid Destiny mmg 100% di uji bro)Aku akui memang main Battlefield kita mesti ada taktikal capturing Flag A,B,C dan D dalam conquest map.tapi Destiny ni lain bro.Ianya bukanlah setakat capture flag  A,B,C,D tapi ianya melibatkan ketepatan masa,keadaaan persekitaran,Kekuatan senjata firepower,kepantasan membuat keputusan,Dan benda yang paling mahal dalam Destiny ialah LUCK.Fireteam mesti kena ada Teamwork yg tinggi(dalam Destiny squad dipanggil fireteam).Bermain Raid setakat ni yang membuatkan Destiny ni unik dari game yang pernah aku main..oh ya Raid setakat ni yang aku cukup suka Voult Of Glass.
Custom sendiri karekter

AUDIO/GRAFIK 3/5
Sound dalam game ni memang meletop,rasa macam duduk dewan mendengar Orkestra,Di adun dengan bunyi soundtrack yang pasti membuatkan korang memoriable,macam ada elemen cerita rambo(kawan aku cakap la).Tersangat cun kalau korang pakai headset 7.1 surround,oh ya kalau pakai headset tu nanti, sekali sekala pergi la buat strike omnigul dengar kan jeritan si Omnigul tu ya,bagi komen aku apa yang korang feel hehe...
Grafik dalam game ni boleh tahan,tapi aku rasa developers boleh buiat lagi cantik lagi,teknik colour,dengan contras dalam game ni memang cun.terutama dalam gua,dalam bilik gelap,di gurun planet Mars,hutan bandar di Venus di olah dengan begitu cantik sekali.Tapi yang aku tak nampak menonjol sangat detail detail yang terperinci tu kureng sikit.
Destiny bermain bersama rakan memang seronok bro

MULTIPLAYER/ONLINE 2/5
Online dalam game ni priority.Kemestian.tak kiralah korang nak main story mode atau multiplayer.konsepnya mesti ada internet.Nak main Raid,Strike kena ada ps plus(untuk playstation)Matchmaking atau set-up fireteam dengan kawan-kawan.Siap 4-6 orang boleh jalan dah untuk Raid.Memang seronok main Raid ni bersama dengan kawan sebab korang mesti boleh gelak gelak sambil main.Aku dapat banyak kawan bila main raid ni.
Mamat ni la yang datang setiap jumaat 5petang
KETAGIHAN 3/5
Kalau korang fans FPS dan MMO memang ketagih game ni,satu lagi yang buat ketagih game ni ialah ianya memberi satu persepsi atau konsep yang baru di mana kalau korang sudah buat raid dan menang,ianya tak boleh di ulang pada hari yang sama atau esok,Bungie menetapkan ianya boleh di lakukan seminggu sekali per- karekter.Di samping tu setiap Jumaat jam 5 petang mesti ada sorang 'mamat' ni yg jual barang yang best dan Exotic(tapi tak best sangat pun kadang kadang tu,macam hampeh)Barang ataupun senjata exotic ni amat penting dan susah di dapati dan hanya boleh di beli dengan menggunakan 'wang pelik'.So boleh kata nak tak nak macam seminggu tu mesti nak masuk balik cd game Destiny ni balik.

KESELURUHAN 3/5
Strike,Phogoth the Untamed.
Overall game Destiny ni boleh lagi menarik,lagi fun untuk di mainkan.Bungie dan Activision boleh meraih peminat yang ramai jika menambah content dalam game ni.Aku rasa pun banyak lagi benda yang Bungie tak update lagi dalam game ni.Contohnya kawan aku cakap trading sistem takda lagi,tapi memang betul pun apalah sangat game mmorpg jika trading sistem tak wujud.Dari sumber yang aku dapat malah selepas ni banyak lagi DLC yang akan di update(apa yang pasti rabak le duit kita gamers ni.Part ni aku tak berapa suka sangat,Developers ni mencari untung dengan cara begini.DLC yang sepatutnya percuma tetapi di jual.contohnya DLC the dark below dan house of wolves adalah percuma.tetapi di jual.dan content dlc yang berikutnya barulah di jual.Dah la sistem RNG dalam game ni macam haram.
Moon patrol,grafik boleh tahan
Ok lah geng apapun aku rasa korang boleh cuba sndiri game ni,rasai sendiri.aku bukan nak hasut lebih lebih pun tak guna,haha.jangan lupa main games ni cari kawan kawan rama ramai..di FB ada group yang aktif dan korang boleh add,emereka ni semua very friendly dan sedia menolong  untuk meng'upkan' level kamu.Lagi pun game ni syok kalau bersama kawan2.nescaya sensasi keseronokan tu wujud,apapun happy gaming!

Ni link FB Destiny malaysia .Tapi yang ni pun ok gak Wolfpack.Tapi kalau korang jenis suka Raid,aku cadangkan group ni raid destiny.Ok la geng korang boleh try lagi banyak di bungie.net.dekat situ lagi banyak korang boleh cuba.Ok geng happy Gaming.

Raid,Voult of Glass Boss,Atheon,tips kelemahanya di pinggang bukan di kepala ya

Victory!!!yahooo

No comments:

Post a Comment