Monday 1 December 2014

GRAND THEFT AUTO V

GTAV Special Edition PS3

 Hi guys,apa khabar?hari ni aku nak review salah satu game yang sangat di nanti nantikan semua gamers pada penghujung tahun 2013 ni.Boleh dikatakan banyak games yang terbaik pada penghujung tahun ni seperti Assasins Creed 3:Black Flag,Battlefield 4,Beyond Two Soul,FIFA14 dan macam macam lagi.Tapi salah satu yg pasti dan di tunggu tunggu peminat games ialah Grand Theft Auto V (GTAV).Bagi peminat free roam atau sandbox memang GTAV adalah game wajib beli bagi tahun ini.Ianya juga meneruskan kesinambungan,legasi game GTA.Ianya terdapat dalam konsol PS3 dan X-box 360 sahaja buat masa ni.PS4 dan XBOX1 pula pada 26/11/14.

ORIGINALITY 5/5
   Game yang terbaik,semua jalan cerita,watak,dan skrip di olah semula unutk kesegaran dalam game ni,Menggunakan 3 karekter utama Micheal,Franklin dan Trevor.Tak nak cerita banyak mengenai karekter mereka ni,Korang kena main baru tahu macam mana.Setiap satu mereka mempunya cerita yang tersendiri dan unik.Tapi ternyata Rockstar mempunyai barisan penulis skrip dan pengarah yang terbaik,

3 karekter utama dalam GTAV
grafik memang cun
AUDIO/GRAFIK 5/5
   Rockstar memang hebat dalam bab soundtrack dan setiap kali keluar game GTA mesti ada Radio Station yang mengudarakan lagu lagu yang berbagai Genre,Rock,Jazz,Funk,Disco dan macam macam lagi,Disamping sound kereta yang realistic dan mengancam.Grafik dalam Ps3 memang tak menghampakan,memang cantik,detail dan boleh kata terperinci,bayangkan dalam Ps4 memang bertambah terangkat lagi la.Gunung ganang dan air laut,Hujan,panas kesibukan jalan raya dan macam macam lagi yang Rockstar buat dalamgame ni begitu indah sekali.

MULTIPLAYER/ONLINE 4/5
     Di saat release date unutk open online dan multiplayer GTAV online server sangat mengecewakan,karekter kadang terkeluar dari ingame dan pernah terjadi Rockstar memadam semua karekter dan mengakibat  orang ramai menjadi marah.Kesukaran unutk masuk serta dalam Job dan multiplayer kadang kadang sedikit menghampakan.Selain dari itu Rockstar memberikan beratus game mode dalam GTA online.dari Raid,racing,parachute,Mision Job,teamdeathmatch dan yang terbaru Heist(rompak Bank)akan di update patch dalam masa terdekat.

KETAGIHAN 4/5
   Aku secara serius memang senang ketagih dengan game ni,mesti sekali sekala capai balik game ni,Ianya enjoy di mainkan bersama rakan rakan,banyak aktiviti yang korang boleh buat dalam game ni.

KESELURUHAN 5/5
    Ok,secara keseluruhannya GTAv memang berbaloi duit korang untuk membelinya,jika kamu seorang gamer yg sandbox memang wajiob beli,banyak benda yang boleh di explore di Los Santos ni,Banyak aktivit korang boleh buat sama ada kempen atau mulriplayer online,apa yang pasti game ni memang mengasyikan jika korang memang kaki GTA.

 Ok geng aku harap korang dapat mencuba game ini,pada pendapat  aku game GTAV ni memang pakej yang lengkap,racing keretanya lagi realistic dari game racing EA,game fizik memandu kereta sangat senang dan tidak terlalu susah nak handling nya.Tak payah teruk teruk beli game kereta hanya cukup main GTAV ni kerana keretanya cukup menarik

2 comments:

  1. Suka baca review ko bro... wt aku jd brsemangat nk beli ps3.. haha... *aq x da ps3 lagi* T_T insyaAllah hujung tahun ni aq beli.... hope ko terus wat review2 game yaaa... haha... :))

    ReplyDelete
  2. ok no problem.tq sbb komen..tp aku bt masa ni tgh kurang content ni.nak cari idea game next apa pulak

    ReplyDelete