Wednesday 27 November 2013

TOMB RAIDER

R3 Tomb Raider
Whatsssssaaaapppp!!!! gamefreaks semua,amacam dah makan char kuey tiow?apa kata sambil korang makan  tu korang baca review aku tentang satu lagi game yg PS3 yg aku main ni.Aku tahu game ni dah lama keluar,tapi tak salah kalau nak review tentang game yg lepas lepas kan?So kali ni aku nak review TOMB RAIDER(TR)..haha ya..ya Si Lara Croft yg korang dambakan selama ni,hah yg tu la,tapi kali ni di Crystal Dynamics studio dah reboot balik TR dengan gaya penampilan Lara yang baru.Actually bukan penampilan baru cuma dalam game ni kita flashback balik sebelum Lara jadi penerjah kubur yg profesional,so dalam erti kata lain,ini adalah prequel dari TR versi yg terdahulu.Ya Lara ni start dari level '0' dan ianya di keluarkan dalam platform MicWindows,X-box 360 dan PS3.
So macam biasa kita memegang watak Lara Croft,seorang archeologist yang suka mencari artifak purba.Dia bersama rakan-rakannya sedang mencari satu artifak purba Jepun,sedang menaiki kapal mereka telah mengalami satu ribut tropika lalu terdampar di salah sebuah kepulauan di Jepun.Maka disini bermulalah adventure nya si Lara,bermacam macam bentuk aksi dan babak pertarungan yg hebat dialaminya sepanjang di pulau ini.Korang akan dibawa ke satu persatu peringkat dan ceruk rantau pulau ini dari bermula hutan tropika,bukit bakau,kuil purba yg terbiar,kubur kubur lama yg korang kena terokai dan bermacam macam lagi di samping itu terdapat juga pilihan untuk menaik taraf senjata dan survival kit korang semua tu nanti.Lagi jauh korang masuk pulau ni lagi banyak rahsia dan misteri yg terungkai malah korang semua akan mendapat lebih banyak senjata dan bermacam-macam lagi survival yg lebih ganas dan aksi yg mendebarkan terpaksa korang tempuhi.
Lara journey begins...

ORIGINALITY 4/5
Tomb Raider memang tidak lari dari tradisi mekanisme cara permainannya iaitu mencari klue,mencari jalan keluar dan mengelak perangkap merbahaya,menguji daya tahan fizikal/mental serta survival teknik/taktikal,keupayaan taktikal berlawan dengan musuh dan yg pasti aksi menerjah ke tapak perkuburan yang penuh dengan perangkap merbahaya.Ianya masih lagi mengunakan sudut pandangan dari belakangnya ketika bermain,,ianya memang dah serasi dengan style game ni,game mekanisme senang dan walaupun mula-mula agak kekok tetapi lama-kelamaan korang boleh adapt.malah ianya menjadi ketagihan pulak.Jalan cerita yg menarik disamping cutscene yg berserta subtitle(tp subtitle background hitam,,so leceh sikit)plot yang mendebarkan dari masa kesemasa membuatkan korang semua pasti akan melekat unutk meneruskan permainan.Walaupun teknik dari segi permainan masih yg sama.tp keaslian dari sudut perjalanan penceritaan/plot masih cantik dan disusun rapi.Ianya juga permulaan episode Lara croft yg baru dan sangat menarik untuk di mainkan.
Grafik memang outstanding,memang detail background.aku suka.
Dengan aksi akrobatik,melompat,memanjat dinding,bergayut,memanah,sneaking org jahat dari belakang dan bermacam lagi memang akan membuat korang rasa macam syok bila main game ni..ada feel ketika bermain game ni,terdapat masa yg tertentu quick action motion,dimana dalam satu keadaan korang kena cepat bertindak untuk menekan butang tertentu.Kemudian yang best ada satu part dalam game ni bila korang kena terikat dan di gantung,kena hayunkan badan ke kiri dan ke kanan supaya tali tu bersentuhan dengan obor api di sebelahan,jadi tali tersebut akan terbakar lalu membuka ikatan korang tadi.so memang best part tu.

AUDIO/GRAFIK 5/5
Wow!itu la perkataan yg pertama kali aku tengok grafik game ni,dengan intro cutscene pulau yang cantik dengan hutan menghijau,air terjun yg realistik,kontra warna terang gelap pada batu,pokok,rumah-rumah kampung dan background semulajadi  memang dibuat dengan begitu kemas sekali.Siang malam yang berubah kadang kala perubahan cuaca yang relaistik,memang grafik cantik giler..ada part di pulau tu banyak dengan bangkai bangkai kapal terbang dan kapal-kapal terdampar yang terbiar,memang cantik,besi-besi pada badan kapal yg detail,ada yg berkarat,berlumut,semak samun,pokok pokok renek yg tumbuh,kapal terbang perang dunia ke-2 yg jatuh terhempas pun ada di pulau ni,kemudian ada kereta kabel yg patah dan burung yg terbang di kawasan pulau tu memang boleh kata terperinci juga grafik dalam game ni.
Nak ambil ke tak?Tomb Raider memang tak lari dari aksi mendebarkan

Disamping tu sound dalam game ni memang gempak,score yg best,intro yg best untuk starting game,kemudian time bila cuaca berubah contohnya hujan lebat,guruh berdentum,air hujan menitis bila kena kat daun memang clear..lepas tu korang boleh dengar bunyi ribut pasir yg gemersik bila berlaga dinding rumah memang jelas korang dengar.Duduk depan unggun api dalam gua ada bunyi angin yang sayup sayup je dari lubang kecil,lebih lebih lagi hendaknya berjalan di waktu malam di dalam hutan,memang seram juga,samar samar bulan mengambang menambahkan thrill korang bermain game ni..detail bunyi yg kecil  pun korang boleh dengar.contohnya cenkerik,serigala,katak la dan bermacam macam lagi..ishh mmg seram dan thrill la sound game ni ditambah dengan sound di tempat gelap pun kadang boleh buat mood korang tak senang duduk bila main game ni..syok oo!!.Aku ingat lagi main game ni kat satu part tu terkejut aku bila ada bunyi macam orang menjerit dalam gua,memang tetiba je menjerit aku pun tak tahu knp?nasib baik takda heart attack.

MULTIPLAYER/ONLINE 3/5
Online game dalam TR kadang kala ok,tapi ada masanya pula di landa masalah apabila nak join.Mungkin server penuh atau takda ramai orang nak main.Tapi game mekanisme multiplayer sama macam singleplayer campaign,takda bezanya.yang menariknya ianya boleh dimainkan dalam mode yang pelbagai.Korang boleh upgrade senjata bila level korang naikdan banyak barang barang lain yg boleh di gunakan.

KETAGIHAN 5/5
Dalam PS3 ini adalah game yang aku bila dah main,aku akan ulang banyak-banyak kali.Sebab?ianya seronok untuk dimainkan semula,betul serius..disamping ada save point yang boleh korang boleh access terus jadi tak susah nak ulang jauh jauh sangat,Ada camp site yang korang boleh jadikan access untuk pindah dari satu tempat ke tempat yang lain.Selain dari banyak small quest yang boleh korang ulang jika terlepas.Ada satu small quest yang lawak tu korang kena cari burung merpati 10 ke atau 20 ekor.Boleh kata dalam masa sebulan tu mesti sekali dua akan ulang main TR ni.

KESELURUHAN 5/5
Game yang patut ada dalam koleksi korang,lagipun game ni telah direboot semula dan ianya merupakan permulaan era baru TR.Legend is Born memang sesuai dengan tagline game ni,Dan aku pasti ada sekuel selepas ni.Korang kena main games ni untuk rasa sendiri macam mana pengalaman Lara.Kalau korang nak tengok Lara seksi dengan 'boobs' yang terjujuh keluar,dengan seluar pendek yg macam sebelum ni menampakan peha yang putih licin tu memang kecewa sikit sebab takda la,tapi aku rasa penampilan Lara dalam game kali ni nampak feminin dan cute.Dalam feminin tu lama lama memang kesian pun ada,berdarah luka,mata berair.memang kena dera kaw-kaw Lara dalam game ni.Bila dah ending game ni korang boleh cek galeri memang ada gambar cun Lara dengan Lara yang derita(mcm baru lepas kena rogol pun ada aku tgk hehe).Tapi game ni memang seronok di mainkan,ada DLC patch yang di keluarkan dari pihak Studio.Disamping tu korang boleh membeli game ni melalui digital so tak risau disc korang calar atau hilang.
Lara,i love you so much muah!
 So setakat ni dahulu review aku,harap korang dapat try sendiri game ni,ianya padat dengan aksi yang menarik dan enjoy untuk di mainkan.Boleh kata ianya berbaloi dengan wang ringgit korang.Terdapat di semua kedai kedai toko games so pergi dapatkan sekarang.Tak kira kalau korang ni console or pc player yg penting kita kongsi minat yg sama.Yg penting dapatkan yg Original sokong la sikit gamesstore tempatan.Ok la geng aku nk pergi dapur kejap lepas tu aku nak masak maggee kejap,lapor pulak time hujan macam ni,Ok geng cau cincau.Happy Gaming!






No comments:

Post a Comment