Tuesday 26 November 2013

MEDAL OF HONOR:WARFIGHTER

       Salam gamefreaks semua?Ada sihat,sudah lebam mata main games?hahaha kalau lebam bagus,baru gamefreaks namanya,Ok ni dia aku nak review satu game First Person Shooter(FPS) keluaran EA/DANGER CLOSE studio.MEDAL OF HONOUR:WARFIGHTER (MOHW).Ianya merupakan franchise dari siri siri sebelum ni iaitu Medal of Honour.Aku dah tak ingat berapa banyak sirinya yg di dikeluarkan(sebenarnya malas nak type,korang search la sendiri haha)
Cover utk PS3
Terdapat dalam PC(Microsoft Windows),X-box 360&Ps3.

ORIGINALITY 1/5
Tipikal game 1st shooting game,ianya pandangan dari seorang askar dengan senjata mereka,nampak musuh tembak,janji selamat.So korang membawa watak dari seorang askar marine US(tier 1-operator)aku pun tak tahu apa jadahnya benda ni(korang google la utk aku)jadi korang  jelajah satu dunia dari Bosnia,Pakistan,Philipines dan Somalia.

AUDIO/GRAFIK 1/5
Menggunakan enjin frosbite 2 di katakan game ni memang cun giler la dengan sound yg mengancam jiwa.tapi bila aku main.Hampa jiwa kacau semua ada,memang korang akan rasa ianya macam taik.Bak kata kawan aku Zul,"ko cuci toilet lagi baik" haha macam tu la tahap kecewanya kalau korang main game ni,sebab ni bukan tahap frostbite 2 la,aku pun tak tahu la mcm mn Danger close buat game ni,mereka merosakan game MOHW ni dengan ntah apa ntah.grafik tak menarik mcm tahap budak lepasan universiti multimedia je,lepas tu ada bug dengan screen terbalik,air banjir yg tak realistik lansung,grafiiknya memang hancus,dah la tak statistik kejap macam sekat sekat,,ye la aku tahu ianya ps3 tak mcm pc,,tp ni bukan mcm tahap sebenar dia,dah la kesan letupan macam 16bit punya game.Diorang buat game ni sah dengan rush,terburu buru sangat,yg jadi mangsa kita la players ni.So aku cadang korang ada member yg dah beli ni tengok dulu macam mana,kalau tak caye tengok la sendiri.Kemudian soundtrack ada sikit cun,tapi bunyi senapang dan letupan macam hampeh.macam bunyi mercun roket dengan mercun papan.aduh banyak betul fail dalam game ni.

MULTIPLAYER/ONLINE 1/5
EA ada menyediakan Battlelog mereka sendiri,banyak feature yg menarik boleh korang check kat sini,untuk multiplayer online korang boleh menyemak status,K/D ratio korang,percentage kalah dan menang korang serta banyak lagi features yg menarik.Selain dari tu kalau multiplayer joining server ada sikit problem dengan inviting dari player lain,korang kena tunggu lama baru dapat join.customize weapon korang ada cun sikit dari muzzle,barrel,paint job semua korang boleh buat.Sistem buddy 2 orang satu squad.berbeza dengan battlefield 3 yang mempunyai 4 orang.

KETAGIHAN 1/5
Game ni aku sekali round je singleplayer(campaign),tak macam game lain aku akan ulang campaign 2,3 kali kalau syok..kalau terlepas barang nak ambik pun aku akan mood nak ulang main tapi game ni sorry,,ntah knp mcm x syok la tiada feel nak ulang..lepas tu aku main multiplayer 2,3 kali je aku dah hilang feel nak main,mungkin sebab grafik nya kot atau game mekanisme yg sangat teruk.disamping sound dan grafik yg teruk aku rasa rugi masa nak main balik.

KESELURUHAN 1/5
Ok secara keseluruhan game ni memang Su*k memang teruk,bull**it ...ni bukan frostbite 2 punya enjin la ni ini nama dia reput frost la,memang dalam banyak banyak game ni la yg paling sh** FPS yang pernah aku main.Game counterstrike:GO lagi best walaupun tiada aiming downside,tapi ianya masih bebaloi untuk di mainkan.Game ni aku memang tak suggest kat korang kalau nak beli,kalau boleh sewa atau pinjam sahaja dari member korang semua,dan kalau dari segi pengemar FPS pula jangan menaruh harapan yg tinggi sebab game ni memang pasti menjatuhkan harapan korang tu nanti hehe...yela dah la harga mahal tak berbaloi dengan apa yg korang dapat.So aku boleh katakan aku memang tak mencadangkan korang beli game ni,ianya game yg merugikan duit aku je tambahan pulak ianya adalah game FAIL of the year.
interface yg kureng,grafik pun mcm tak cantik.

 Ok geng sampai sini je review aku,kalau ada apa game atau gadget yg berkaitan dengan game yg nak korang nak aku review pulak lepas ni..jgn lupa pm/msg sj di inbox aku bro.Ok sampai disini dahulu,Adios cioa.Happy Gaming!

No comments:

Post a Comment