AikaSEA logo,background ialah Kota Ragenshein |
GAMEPLAY
Kepada sesaper yg pernah main game mmorpg ni tentu dah biasa dengan sistemnya,tak banyak perubahan dalam streotype game mmorpg ni,mcm biasa buat quest,party,bunuh raksasa,buat senjata,cari barang,kuatkan senjata,pergi buat quest..mcm tu la lebih kurang,cuma aku nak cerita serba sedikit tentang beberapa features yg di tonjolkan dalam game ni,antaranya ialah Pran.Selain dari itu Aika SEA boleh di mainkan di channel PVP(player versus player)dan PVE(player versus Environment)so kalau korang suka bersaing dengan org lain aku suggest dalam PVP dan kalau korang jenis orang peaceful,relax-relax, jenis enjoy pegi je server PVE tak da saper nak kaco ko,,hehe apapun content dalam PVP dan PVE adalah sama kecuali dalam event-event tertentu.Terdapat lima negara/nation yang korang boleh pilih,AEGIS,ALSTONIA,ARCHADIA,GASTARK,VERITAS dan setiap negara mempunyai Lord Marshal serta Archons mereka sendiri.Lebih kurang macam menteri-menteri dan panglima perang la.Pran atau pari-pari diberikan kepada korang untuk bersama-sama berjuang.Pran tidak memberi efek atau menolong dari segi pukulan fizikal/Hit kepada musuh, tetapi dari segi penambahan kuasa senjata,tenaga,tenaga MP dan sebagainya.Ianya lebih berbentuk helpers sahaja,penolong korang sahaja.Jadi korang kena jaga Pran ni elok-elok supaya dia dapat memberi pertolong dengan sebaik-baiknya.Apa yang aku tahu perwatakan Pran juga bergantung kepada sejauh mana korang menjawab pertanyaan yg diajukan kepada korang.Pran ni korang kena bagi makan,kena layan dia bersembang,kena beli baju unutk dia dan macam-macam lagi la.Dalam erti kata yang lain lagi banyak korang layan dia lagi banyak pran ni tolong korang dengan magic dan kuasa-kuasanya.
Aikasea Character class dari kiri;priest,dualgunner night magician,warrior,sniper dan crusader |
KAREKTER
Ok dalam Aikasea ada beberapa karekter yg korang boleh pilih untuk dimainkan,antaranya ialah Crusaders,warrior,dual gunner,sniper,priest dan night magician.Setiap karekter ni ada kehandalan masing masing dan skill tersendiri,mcm biasa korang kena upgrade melalui quest kemudian reward dengan Gold dan experience(pengalaman)Pada setengah korang munking dah biasa main dengan game yg bercorak mcm ni dah tahu apa yg patut dibuat,jadi tak banyak yg berubah dalam permainan mmorpg dalam sedekad ni,setengah player mungkin cepat boring.Sampai je level 50 korang boleh ubah job korang lebih upgrade sikit,lebih lawa equipment dan senjata ganas-ganas serta penambahan skill.Apa yang aku peratikan dalam Aikasea karekter dan skill tak berapa 'mengancam'dalam kebanyakan game-game mmorpg yang lain sebab skill nya kaku,macam kayu,tak berapa realistik.Motion skill tak berapa nampak realistik..terutama sekali warrior,aduyai paling tak best.Tapi disebabkan warrior ni 'tanker'(pengasak&pengumpan)jadi aku tak nak komen la sangat.Korang main sendiri nanti tahu la. QUEST/PARTY QUEST/DUNGEON
Hekla Cave,ship of Evgenia banyak quest kena buat kat sini, aku rasa boring sebab korang terpaksa cari party kawan utk settlekan banyak quest kat sini. |
Mount for sniper,tapi pran masih lagi belari |
LM1 dungeon boss- malik,serius mmg susah giler |
CASTLE SIEGE
Salah satu feature lagi dalam Aikasea ialah Castle Siege(CS),ianya adalah perang di mana perebutan kuasa,takhta untuk Lord Marshal dan archons dalam negara yang kamu duduki.A'ah macam perang sedara diantara legion(group,clan,guild)la lebih kurang.Terbahagi kepada penyerang dan pertahanan.CS ni penting untuk menentukan hala tuju sesebuah negara,kalau legion korang sertainya dan menang banyak keunutngan yang kamu dapat.Antaranya ialah wang dari perbendaharaan negara korang, Buff(kuasa magis yang tertentu)boleh set tax,cukai untuk negara korang,korang boleh 'kelepetkan' duit negara korang hehe.Boleh chat umum(red chat)yang boleh di bacakan semua orang,adapun red chat ni untuk mengarahkan semua orang unutk pertahankan negara dan merangka serangan.ELTER BATTLE/NATION WAR
Nation war(medan pertempuran) adalah satu game feature yg terdapat dalam Aikasea.Ianya dimainkan dalam channel PVP.Korang kena pergi ke Tiamat Gate di persimpang jalan Halperin.Dekat situ korang ada nampak satu portal yang boleh pindaj kan korang ke negara lain.
Adapun Objektif nation war adalah peperangan untuk merampas relic dari negara lain dan masa yang sama juga korang kena mempertahankan relic ni dari negara luar.Relic ni mcm satu barang(pedang,shield,obor,panah dan mcm2 lagi) yang mempunyai kuasa dan kelebihan kepada mana-mana negara yang memilikinya.Disamping dapat menguatkan pada setiap rakyat dinegara tersebut relic juga boleh membantu korang untuk melakukan quest dengan lebih senand,contohnya Relic drop,kalau korang buat quest di dungeon masa ada relic ni,kemungkinan unutk korang dapat 'rare'item sangat tinggi,so lebih kurang macam tu la.
Nation Relic(holy bow vega)letak di satu tempat dan dapat buff |
Ok lah secara overallnya apa yg aku boleh katakan dalam game Aikasea ni korang kena main sendiri baru faham.Memandangkan Aikasea adalah game online dan ianya sentiasa di update dan di patch dari masa kesemasa(Aika sekarang version 130) jadi aku rasa game ni amat menarik di masa masa akan datang,dan aku juga akan update blog ni dari masa kesemasa.Aku harap korang pun boleh join game ni dan enjoy ketika main game ni.Oh ya jika korang nak main game ni dengan aku boleh.ini ada URL yang aku sediakan http://www.aikasea.com/sff/Nazri
Jadi korang klik dan daftarlah sekarang dan kita boleh main sama-sama..So statistik aku pada game ni(memandangkan aikasea adalah game yg akan di patch dari masa kesemasa aku juga akan update statistik jika ianya menarik)
Update 03/01/12:Patch Aikasea epic 2 sudah bermula,apalagi daftar sekarang dan dapat banyak barang2 percuma
ORIGINALITY: 3/5
Game online mmorpg yg sama seperti game yg ada sekarang,harap di perbanyakan karekter di masa akan datang.AUDIO/GRAFIK: 4/5
Boleh tahan ada track,lagu yang menarik memberi semangat ketika adventure,,disamping grafik dan environment yang luas untuk di terokai.Apa yang pasti patch dimasa akan datang pasti banyak lagi tempat yg menarik.KETAGIHAN: 3/5
Diawal permainan developers berjaya membuat korang semua akan terus bermain dan ketagih, sehingga sampai tahap yang tertentu terasa boring dan lambat nak level up sebab mata experience terlalu jauh untuk dicapai.MULTIPLAYER/ONLINE :5/5
Tak diragui lagi Aikasea mampu mencapai 1000 player vs 1000 player(walaupun setakat ni aku tengok tak pernah pun player cecah tahap ni)tapi server yang mampu mencapai ni kira terbaik la.KESELURUHAN: 3/5
Game ni masih banyak lagi kena improve dari segi maintenance dan bug issue,kelewatan update dan patch membuatkan ramai player beralih kepada game yang lain..Mungkin asiasoft perlu berfikir game aikasea ni tak sama citarasa player korea dengan SEA player.
No comments:
Post a Comment