Thursday 20 October 2011

COMPANY OF HEROES

Kali ni aku nak review tentang game strategi pulak,boring je asyik2 review game 1st person shooter je so kali ni aku review game strategi yang terbaik aku pernah main."Company Of Heroes" tak perlu di perkanalkan pada pengemar game strategi.semestinya mesti ada dalam list mereka,termasuk aku,heheh...kalau saper-saper pernah main game ni mesti setuju dengan aku.Game ni di buat oleh syarikat Relic Enterteainment,release pada September tahun 2006,bertemakan zaman perang dunia ke-2 antara Axis(Jerman) dan Allies(Great Britain&USA)dan boleh dimainkan sama ada single player dan ramai-ramai(multiplayer).disebabkan dapat sambutan developers keluarkan standalone expansion 'opposing front' pada September 2007 dan Tales of Valor April 2009.Game ni best pada aku sebab game ni memperkenalkan satu sistem strategi yang baru pada aku.COH memperkenalkan aku satu jenis game strategi taktikal yang pada aku menarik untuk di mainkan,Mula-mula aku main game ni aku ingat mcm main streotype game strategi la..cari duit,buat tentera,buat kereta kebal buat itu ini ala-ala command and conquer genral dan zero hour tu..hehe...tapi bila main lama baru faham.ada taktikal sikit game nie.bukan setakat bina benda itu benda ini.Yang pasti ianya menarik untuk di mainkan,tak caya korang main la..Oh ya review aku ni adalah berdasarakan secara umum iaitu secara keseluruhan dalam standalone pack,bukan keatas company of heroes sahaja.
COH box art for PC
COH:opposing front box art
COH:tales of valor box art
Standalone pack ialah game yg ianya boleh di mainkan tanpa memerlukan korang beli episode yg sebelumnya ianaya adalah berlawanan dengan expansion pack diaman kkorang kena beli episode yg terdahulu lepas tu patch je,tapi companya of heroes ni korang boleh beli yang mana-mana rasa suke.tapi kalau setengah kedai yg jual dvdv ni diorang bagi pakej istemewa jika beli sekali 3 terus.mahal sikit la tapi kalau korang tak mampu boleh beli satu,disini aku cadangkan kalau korang suka main campaign single player sekali tiga dan jika suka main online atau multiplayer beli COH:tales of valor pun dah cukup

CARA PERMAINAN
COH adalah  'game squad',iaitu maksudnya korang tak arah seorang askar utk lakukan gerakan,contohnya dalam negara US,jika korang nak askar la katakan,maknanya kamu klik satu skuad askar dlm 4-5org sekaligus.contohnya lagi macam mortar squad team 3org dan 2org dalam machinegun dan sterusnya la mcm tu.Kerata kebal pula korang kena klik satu persatu utk membinanya dan bergantung kepada 'resource' korang jugak.Dalam game ni korang kena bertahan atau capture satu-satu tempat  tertentu untuk mendapat bekalan atau resource yang boleh di gunakan untuk membina kekuatan tentera.ada 3 jenis 'capturepoint' atau tempat strategi yang penting,Peluru,strategik(manpower),Minyak.Lagi banyak sumber korang dapat bertahan lagi banyak korang boleh buat dan bantuan yang korang dapat.tapi harus diingat,setelah korang dapat satu-satu 'port' tu korang kena la bertahan atau cover tempat tu dari di ceroboh oleh musuh,sebab musuh pun nak benda yang sama dan objektif mereka untuk mendapatkan resource yg lebih mcm engkorang jgk.game ni best dari segi taktikal permainan nyer sebab banyak map yg mencabar dan tahap A.I kompoter yang bijak,jangan ingat kita dah main dah boleh baca gerakan komputer,kerana sering kali ianya berubah dan tak dapat nak duga mcm mana taktikal,contohnya satu masa tu aku try cover kawasan tu dengan askar-askar la,takat askar2 yg try nk take over gerenti aku dapat lawan,entah mcm mana satu time tu musuh pulak bawak kereta kebal le pulak..hancus terus la aku punya troopers.COH mempunyai mata pengalaman(experience point)yg boleh unlocked kepada unit-unit yg lebih kuat dan lebih ganas.Korang boleh guna point ni utk mendapatkan 'command tree' yg berfungsi sebagai merangka startegi dan tektik yg amat berguna dalam permainan ni,contoh unit yg terdapat dalam ni ialah unit pemusnah kereta kebal,kereta kebal jerman yg terkenal tu 'Tiger tank',kapal terbang pengebom 'Luftwafer' dan paling best sekali ialah askar werhmarcht yg tahan lasaknya,dan kalau korang pilih Great Britain pulak semestilah dengan unit Artileri yg ketepatan yg tinggi tu ,askar2 arkomando yg tahan lasak dan beberapa kereta kebal yg kuat serta unit HQ yg boleh bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yg lain.Daru USA pulak ialah Unit  yg terkenalnya tu la Airborne paratroopers,kerat kebal Shaman,unit2 askar mortar,machine gunner,sniper,dan lain lagi memang banyak sampai aku tak terkira,

COH game tektikal yg bergerak secara  Squad
Head Up Display dlm COH simple dan nampak bersih
Selain tu dari segi kualiti visual,audio memang aku tabik,,cukup detail,kemas cantik disamping setiap unit askar,kereta kebal,kenderaan-kenderaan semua aku tengok memang tip top,detail sampai jerman 'werhmact' unit pun detail..view pun cantik...cthnya kalau kereta jalan rempuh wall,debu debu kalau jalan atas tanah memang cantik,,berbaloi kalau beli.kalau bab sound memang realistik,aku paling suka time guna british artileri memang realistik sebab korang bom memang tak henti-henti meletop siap bagi ko-ordinate sebelum nak korang nak bombardment tmpt tu.oh ya korang kena jadi hardcore sikit sebab ada satu masa tu kalau meletop korang akan nampak mayat berterbangan akibat letupan tu,badan hancur lebur hancur tangan,putus kaki..,haha realistik tak,,kalau korang tak caya,try la tgk,,memang cukup detail dan menarik.Dalam game ni ada 3 negara yg korang boleh pilih dan masing masing ada campaign mereka dan setiap negara ada special 'doktrin'.doktrin ni mcm special ability untuk menjadikan taktikal korang lebih deadly dan brutal la..dan setiap doktrin korang boleh upgrade selepas setiap kali korang bunuh atau capture control point serta experience point.Korang memang kena cuba main game ni dan korang akan dapat rasa perbezaan dalam game taktikal yg korang biasa mainkan sebelum ini.                               
USA comnd selection,setiap negara ada taktikal/strategi



ONLLINE/MULTIPLAYER
Macam biasa dalam mode multilayer COH menyediakan server 24jam utk korang  main.Kalau malas nak join korang boleh 'create' sendiri game dan  'winning mod'e yg korang rasa nak lebih fun.Ada lebih kurang 20 map yg korang boleh join dalam multiplayer ini.Ada mode LAN boleh main dengan kawan 1-8 orang dalam satu masa.Maknanya korang boleh main kat cyber cafe la game ni.Kalau main online RELIC menyediakan iaitu system dimana korang boleh update ranking korang dan banding dengan kawan yg lain.fuuh!! maknanya korang kena selalu main la supaya ranking korang tak turun,,haha kat sini aku rajin jugak main tapi tak pernah dapat top #100 pun, aku punya last sekali #3450 haha gila babas ada yg lagi pro.Apa yg pasti game ni memang seronok dimainkan bersama rakan-rakan korang. Korang blh create sendiri mcm mana nak main cthnya 3vs3(Allies vs Axis).Dalam kes ni aku mula agak keliru sebab kenap developers buat game ni mcm tak seimbang,,sebab kalau Allies negara bersekutu Amerika dan G.Britain,mana kala Axis hanya ada German sahaja.Rupa-rupanya German ada pecah kepada 3 unit yang berbeza dan keupayaan setiap unit ini berbeza.Selain dari tu developers ada juga releseakan game online untuk pengemar PFP(play for free)secara online,korang boleh download dan main secara online jugak Companya Of heroes Online.
D-Day,COH ada element sejarah sikit
Okl ah akhir sekali aku harap korang dapat mencuba sendiri la game ni.aku memang recommended sangat kepada yg benar-benar hardcore RTS(real time strategy) game ni.Dan semestinya ramai pengemar RTS juga berharap supaya developers dapat membuat pembaharuan dari game ni,sebab pada aku game ni tak lengkap jika tak babitkan unit negara Jepun,Russia,sebab negara ni pun sama termasuk dalam kancah peperangan ni.Penjajahan Jepun keatas tanah melayu pun boleh add jugak,jadikan Campaign moded,supaya lagi menarik utk di mainkan.cewah ini hanya cadangan aku shj,Harapan aku semoga korang dapat join dan main bersama-sama.

berikut adalah statistik aku,
ORIGINALITY: 5/5
AUDIO/GRAFIK: 5/5
KETAGIHAN: 5/5
MULTIPLAYER/ONLINE :4/5
KESELURUHAN: 5/5






3 comments:

  1. aku tengah cari patner main campany of herose kat tunngle atau online ni email aku daun01089@gmali.com add aku guna skype

    ReplyDelete
  2. mane nak dapat game ni...kalo dapat company of heroes yg estern front lg best...aku ade cdnye...tp dulu senang je install....skrg nie susah lah...mane nak dpt ek??

    ReplyDelete
  3. muhammad syafiq:bro aku main kat steam.masa tu ada pakej aku rembat la murah,aku nyer steam id nazripayrock.
    mohd shahrizan:bro try cek kat steam,banyak game murah murah.

    ReplyDelete