Saturday 31 December 2011

BEST GAME OF THE YEAR 2011

Wah-wah 2011 bakal melabuhkan tirai,aku kat sini pun macam orang-orang lain pun ada top game of the year bagi tahun 2011.Apa yang pasti tahun 2011 banyak game yang best2 belaka.berikut adalah top game bagi tahun 2011 pada pandangan AKU mengikut genre masing-masing.

Battlefield 3
BEST 1ST PERSON SHOOTING GAME
Battlefield 3(Limited Edition) (5/5)
Tak perlu aku nak ulas panjang-panjang tentang game ni,semua org dah tahu,betapa banyak review,komen-komen yang aku baca dari mcm2 sumber,yg mengatakan game tembak-tembak ni memang terbaik diantara game Battlefield sebelum ni.Engine Frostbite 2 memang mengagumkan dari segi grafik,kelancaran permainan dan environment detail segalanya perfect.Disamping pre-order Limited Edition yg memberi banyak Map free,kenderaan,senjata dan beberapa lagi telah melonjakan rating game ni lagi,Game ni bukan best dari segi single player tetapi dari multiplayernya dalam versi PC ianya boleh dimainkan seramai 64 org player sekaligus,24 org dalam Ps3 lagi membuatkan ianya game multiplayer terbaik.Walaupun ramai yang mengatakan Mass Effect 2 game of the year,tapi Mass effect lemah dari segi multiplayer,tak ramai orang nak main.Kemudian game Call Of Duty:Modern Warfare 3 yg lewat dikeluarkan hampir hujung-hujung  tahun tidak dapat nak bersaing dengan aura Battlefield 3.Satu ketika dulu COD ni anatara game feveret aku,tapi entah la sejak COD:Black Ops dah macam tak best je dah aku main,macam hampeh je la aku main,Walaupun menarik dari segi singleplayer,jalan cerita menarik tapi lemah dari segi multiplayer,dah la server lembab,lepas tu server tak leh nak support player lebih-lebihApapun tahniah kepada Team EA Dice kerana menampilkan Battlefield 3 kepada pengemar game 1st person shooter,sudah lama mereka ni dahagakan game yang penuh action dan game enjoy dimainkan bersama rakan-rakan.


Dark Souls-ada bran ke nak main?
BEST RPG GAME 
Dark Souls (5/5)
Game ni memang best,adoi yai,game ni,,fuuhh,aku tabik la kat orang jepun yang buat game ni,gamenya simple je, ko jumpa monster,jumpa boss kasi hantam sampai mati,itu je,upgrade weapon yang penting.memang susah tapi best sebab tak banyak cakap je game ni ko main hentam je,kalau orang jenis cepat fed-up baik tak yah main.Memang susah giler,mana tak nya kalau dah mati kena ulang semula,dah ulang tu satu hal,monster yg korang bunuh tu akan spawn balik tempat tadi fuhh memang giler la main ni,Aku suka jugak game ni setelah melihat preview dan gameplaynya sangat senang dimainkan.Kawan aku cakap game ni mengimbaukan dia kepada game dulu 8-bit,diamana korang kena plan betul2 strategi,kena kaji lepas tu kena faham betul2 macam mana nak lawan sesuatu monster tu,,maknanya game ni kalau di mainkan oleh orang lama(OTAI) yg berkecimpung dalam dunia game akan bertahan,kalau generasi baru-baru ni mungkin tak tahan,,hehehe Faktor kejayaan sulung Demon Souls telah menyebabkan ramai pengikut game ni.Dark Souls terdapat dalam online korang boleh buat party dan main sama-sama baru senang sikit lawan boss,hehe jadi aku sangat cadang-cadang kat saper yang hati kering,die -hardcore gamers supaya try game ni.Kalau yang cepat menangis tu tak payah sentuh ok hehehe....
BEST ACTION/ADVENTURE GAME
Uncharted 3 Drake's Deception 4/5
Kontras cahaya dalam U3 amat excellent

Oh Lara Croft di mana engkau?Kini action adventure ada hero baru,Nathan Drake adalah karekter yg berpengaruh sekali dalam game PS3 setakat ni,hero kepujaan ramai ini memang tak pernah kenal penat lelah,Melompat,akrobatic move la,menembak,tembak helikopter,membaling bom,korang cakap apa sahaja semua si Nathan Drake ni buat.Game ni cantik juga,sound ok boleh tahan,dan yang best nya U3 ada game multiplayer.Customize karekter boleh di buat DLC pun banyak yang upgrade.U3 hanya terdapat dalam platform ps3 sahaja.U3 terdapat dalam versi 3D di pasaran sekarang,dan terdapat juga dalam Limited edition Collection,kalau banyak duit tu boleh beli pakej ni,dapat barang percuma mcm action figure lagi(kalau die-hard fan kena beli la)Dalam episode kali ni aku tengok banyak perubahan dari segi grafik,sound macam lagi cantik dan lebih realistik,korang kena beli game ni jika ada PS3 game wajib kena main saper yang beli ps3
Dirt 3 meneruskan legasi kegemilangan racing game
BEST RACING GAME
DIRT 3 5/5
Dirt 3 memang tidak menghampakan setiap peminat racing gamers,bukan setakat grafik,audio dan detail kereta,tetapi gameplay,handling pun senang unutk di fahami,racing rally bukan lah semata-semata dalam game ni,orang mesti ingat game rally je la D3 ni,tapi aku rasa ianya lebih kepada teknik membawa kereta,cara nak membrake,teknik drifftinf serta teknik mengambil selekoh dengan tepat.  Kalau korang biasa main game racing-racing yg need for speed ke,mesti rasa ada kelainan pada game ni.Kali ni ada hujan,ada salji sekali haha memang realistik.bebraloi kalau korang beli game ni.

BEST SPORT GAME
Vitua Tennis 4 (5/5)
WTA,awek seksi  beb!
Sukan dalam dunia game memang banyak yang best,tak game bolasepak,game bolakeranjang,tak pun tennis,tapi aku rasa yang paling best aku main pada tahun 2011 ialah Virtua Tennis 4 di PS3.Siapa yang ada PS3 move lagi best boleh main dengan rasa  realistik lagi haha,Wii pun tak menghampakan,x-bo360 kinect pun apa kurangnya.ikut selera nak main platform apa.cara main pun senang,tak berat dan mudah nak handling.Banyak juga nama besar dalam game ni yang korang boleh pilih,pertandingan pun banyak best-best korang boleh main.try jangan tak try hehe..


BEST FREE MMORPG GAME
AikaSEA (4/5)
Tahun ni banyak juga game mmorpg keluar,AikaSEA,DragonNest,AVA(alliance of Valiant Arm)Maplestory3,Eden Eternal dan banyak lagi tapi aku yang boleh tahan sikit dari yang lain ialah AikaSEA,aku rasa paling aku banyak main,game lain bukan aku tak main tapi AikaSEA ni banyak jugak event dia,Boleh tahan dari masa kesemasa ada sahaja event mereka,tahniah Asiasoft.
AikaSEA
Jadi itulah dia beberapa pendapat aku tentang beberapa game yang terhebat sepanjang tahun 2011,bukan game-game lain tak best ,banyak juga aku yang tak sebut dekat sini macam game puzzle LIMBO,memang genius game ni,satu-satunyua game yang aku  takut nak main sorang-sorang,lepas tu Skyrim pun ok tapi masalahnya game ni bannyak sangat bug,aku main sikit dah sangkut2 lepas tu diorang lambat nak buat patch leceh betul.Pro Evolution Soccer 2011 pun ok juga tapi game play,passing ada masalah pun lambat juga patch,leceh nak main,FIFA 11 ok sikit,lepas tu game Fallout (rpg) memang best aku suka juga hehe...ok la geng ini sahaja yang dapat aku update setakat ini .Apapun keptusan di tangan korang unutk memilih ok,selamat menyambut tahun baru 2012 dan semoga enjoy main game,peace.

Friday 30 December 2011

NEED FOR SPEED:THE RUN

NFS:THE RUN for PS3 box art cover
Hello,apa khabar semua,kali ni aku review game PS3 yang banyak legasinya di dalam dunia game racing.Semua orang akan tahu kalau EA dengan game racingnya Need for Speed(NFS),cakap je NFS semua orang tahu,start dari NFS  edition tahun 1994,lps tu NFS Underground dan mcm2 lagi.Tapi kali ni aku nk review game EA NFS yg terlatest sekali NFS:The Run.Aku rasa la kan EA banyak sekali mengeluarkan version2 NFS ni di pasaran.Start dari 90-an lagi dah ada.Aku ingat lagi main version NFS:Porsche lagi pada masa tu hehe..memang best masa tu.Mana taknya masa tu NFS la satu-satunya game racing kereta,tp bila nka masuk era 2000 makin banyak game racing ni di pasaran,Ok lah NFS:TR ni di buat oleh EA BLACKBOX mengunakan engine FROSTBITE2(ya,engine yg sama time korang main Battlefield 3),jadi kiranya diantara teknologi yang terkini dalam dunia games ketika ini.Jadi gambar dan grafik dalam game ni memang VAV* la hehe..ianya di edarkan pada15hb November 2011.Harga lebih kurang RM150~RM170,bergantung pada kedai,tapi kalau korang dah ada game account STEAM boleh download(digital)terus dengan bayaranya murah sikit.NFS:TR terdapat dalam platform PC,PS3,X-BOX 360 dan Wii.
  
PLOT
Dalam episod kali ini korang akan membawa watak Jack Rouke,seorang pelarian yang telah 'bikin masalah' dengan sebuah organisasi kongsi gelap,,aku tak tahu sangat apa yang Jack dah buat pada organisasi ni,berhutang ke,kalah judi ke apa aku pun tak tahu,Jadi setelah dia menyelamatkan diri dari cubaan membunuhnya itu,dia telah di hubungi oleh kawan lamanya Sam Harper,Sam berjanji kepada Jack untuk menyelesaikan masalahnya dengana syarat Jack mesti berlumba untuknya,Perlumbaan yang Jack kena sertai itu sangat mencabar dimana perlumbaan tu melibatkan 200 orang pelumba bermula di San Francisco ke New York.Haha mesti korang terkejut kan kena merentas negara Amerika tu sepanjang 3000batu tu beb!tapi Jack dengan semangat pelumba yang sejati bersetuju untuk berlumba,Jadi di sini lah startnya perlumbaan korang dan banyak halangan yang Jack tempuhi,banyak race yg korang hadapi sepanjang dalam game ni,Yang bestnyer bukan dengan pelumba-pelumba yang lain korang kena berjaga-jaga,kadang-kadang polis pun ada,so dlm masa yg sama korang race tu,korang kena pandai-pandai lah selamatkan diri dari di kejar polis,dan tiba satu peringkat tu pulak dengan organisasi kongsi gelap tadi pun tumpang sekaki,diorang ni  akan cuba memburu dan membunuh Jack.Jadi aku tak nak spoilkan apa yang berlaku seterusnya aku harap korang akan tengok sendiri apa yang berlaku seterusnya,sama ada berjaya ke tidak Jack dalam perlumbaan ni?hehe korang kena main sampai habis kalau nak tahu.. :-)

NEW FEATURE
Cinematic Action-Jack sedang cuba melepaskan diri,kena tekan button tu cepat2
Dalam NFS kali ini developers memperkenalkan satu jalanan cerita yang baik,plot yg korang diikuti akan merungkaikan jalan cerita,dan buat pertama kalinya dlm NFS korang akan dapat melihat wajah pelumba tersebut.Sebelum ni setakat muka member2 racing,model-model je,tp kali ni baru nampak.Selain dari tu ada perubahan sikit pada gameplay kali ni,selalu kita hanya kontrol kereta shj,tp kali ni dalam masa-masa tertentu korang juga akan kontrol Jack,contohnya bila Jack kena kejar dengan penjahat,satu scene tu kereta korang dah kena langgar dengan mafia jadi korang berlari untuk menyelamatkan diri,kena lompat bangunan,lari laju,kena berpaut dan mcm2 lagi lah tp apa yg pasti perubahan ini memang menarik untuk di cuba.Cinematic action yang diperkenalkan kali ni,amat menarik dalam percubaan dan pembaharuan oleh developers,nampak gayanya dalam NFS pun dah diperkenalkan cinematic action ni,ingat game God of War sahaja yg ada.hehe..
Tapi tak banyak pula perubahan dalam kategori racing,seperti sebelum ni juga korang akan race dari point A ke pint B(sprint),cuma kali ni korang akan race merentasi Amerika jadi tak da track,takda litar tak da circuit 3 kalia round ke hehe,,memang tak da,kalau ada drifters tu mintak maaf la ya drift memang tak ada,kalau ada pun aku rasa sikit sangat,itu pun semasa race turun bukit.Kalau aku nak ringkaskan race kali ni kebanyakannya jenis racing yang straight forward(boleh kata  kebanyakan racing jenis sprint),selain dari tu juga Developers juga memperkenalkan satu lagi rewind system,Rewind system ni jika korang eksiden ke,tersilap lorong jadi boleh ulang sekali lagi dari checkpoint yg disediakan.jadi tak perlu nak ulang dari mula,apapun rewind system ni terhad kepada 5 kali sahaja.Selain dari tu memang sedia umum sebelum ni pun sudah ada Autolog yang korang boleh compete dengan rakan secara online.Autolog ni ialah kalau korang ada internet dan main online dengan kawan-kawan korang boleh bersaing la dengan masa terpantas bagi satu-satu kawasan tu.Ianya macam update kan status masa/best time korang la dalam game ni.

CARS
EA telah mengambil lesen untuk memasukan banyak 'real' nama-nama besar industri kereta dalam game kali ini.Korang boleh memilih bermacam-macam kereta dalam game ni dari BMW M3,Bugati Veyron,Lamborghini Murcileaigo,Ford Mustang,Mitsubishi,Toyota dan bermacam-macam jenis lagi,fuuh memang banyak la,aku rasa ada lebih kurang 20 nama-nama besar  dalam industri kereta terdapat dlm game ni,dan ada lebih kurang 100biji kereta yang korang boleh pilih dan ianya di 'unlock' ataupun hadiah reward setiap kali korang menang race.Dari jenis klasik sehinggalah ke Supercar.Dari supercharger ke Turbo,dari muscle ke sport car semua ada.Dan setiap kereta itu semestinyalah lain cara handling nya.
HANDLING
Dalam NFS:TR kali ni aku rasa pengendalian kereta ni lain sikit,amat susah nak kontrol berbanding sebelumnya,korang kena main lama sikit baru ok.Boleh katakan kebanyakan game racing pun macam tu,tapi NFS:TR memang berbeza,memang mencabar la katakan hehe...aku pun kadang terbabas juga,boleh kata setiap ending,finishing di garisan penamat kereta aku tak pernah perfect,kesan calar mesti ada punya,boleh katakan mesti finishing dalam keadaan remuk bumper la,pecah cermin,kelakar pun ada bila kau tengok keadaan kereta bila tiba di finishing.

AUTOLOG
Salah satu kelebihan kalau orang main game ni online ialah autolog,iaitu server yg disetkan unutk mencatat masa korang semasa racing dalam setiap perlumbaan yg orang masuk,kemudian ianya akan di update untuk melihat sama ada korang boleh compete dengan masa terbaik rakan-rakan korang.

MULTIPLAYER
Server dalam game ni ok juga,amat senang nak join game dan race,semuanya akan disetkan oleh korang sendiri.Tapi bab kereta-kereta pula tak yah pening-pening set,semuanya dah 'highly tune',jadi AI komputer akan pilih kereta yg patut-patut sahaja boleh race untuk track tertentu.
Game Grafik dalam NFS:the run memang cantik

GRAFIK/VIDEO
Engine Frostbite2 mmg tak menghampakan,kualiti gambar dan video dalam game ni memang cantik,smooth.licin dan cantik sungguh.Korang akan terpegun dengan kelancaran game ni ketika bermain,tak da sangkut-sangkut,silauan sinaran matahari kadang2 menganggu ketika kelancaran korang bermain hehe(realistik silau bila matahari berada di hadapan korang),detail setiap alam sekeliling boleh tahan,contohnya tiang lampu pecah,pondok bas boleh dirempuh pecah,kereta-kereta yang di letak bahu2 jalan,pokok-pokok dan salji turun dengan lebat,tak nampak jalan dan jarak penglihatan yang terhad.Selain dari itu korang akan dapati game ni memang realisitk dari segi tempat,banyak kawasan di Amerika masuk dalam ni,contohnya Taman negara Yellowstone,New York,Chicago,Chinatown San Francisco dan lain-lain lagi.Boleh kata dalam NFS:THE RUN ni aku rasa tercantik sekali dalam banyak-banyak game NFS.

SOUND/SONG TRACK
Deruman enjin kereta adakala macam ganjil sikit,walaupun kesemua kereta adalah real,tapi bunyi enjin kereta aku rasa ganjil,selain dari itu ok,bunyi kaca pecah,langgar kereta memang real,detail bunyi pun boleh tahan,cthnya tayar korang membrek,NOS,dan bunyi air terjun bila kornag lalu kawasan air terjun,bunyi salji dan banyak lagi.Lagu-lagu dalam game ni aku rasa kurang best ,tak seperti dalam game NFS:UNDERGROUND banyak track2 yang best ketika race aku rasa ianya ok2shj la,ada lagu rock,lagu trance.
Antara kereta yang terdapat dlm NFS:Run
KESIMPULAN
Ok la dalam kesimpulanya yang aku boleh beri kali ini ialah, game NFS:THE RUN ni setakat average sahaja,setakat biasa-biasa sahaja,ianya satu tahap yang biasa-biasa tak da yang istemewa yang boleh 'meletopkan'game ni unutk orang nak beli dengan rakus heheh,mungkin orang dah boring dengan game NFS ni ke?iatau mungkin orang boring sebab NFS ada 3 version setahun,jadi orang macam budget juga nak beli keluaran EA NFS ni?ye la korang bayangkan 3 keluaran dalam masa setahu,NFS:HOT PURSUIT pun keluar tahun ni,NFS:SHIFT UNLEASHED pun keluar juga mana la orang tak tension.Pada aku game ni mengamit memori aku pada NFS sebelum-sebelum ni.cuba korang amati betul-betul nnt korang akan dapati banyak scene dan stage yang terdapat dlm NFS keluaran sebelum ni,sebab ada beberapa stage tu korang akan faham dan nampak macam di remake semula,contohnya race di San Francisco tu,kalau korang main game nfs:underground ada stage yang menuruni bukit tu ingat tak?jadi ianya macam tribute unutk player yang setia la di buat semula.Hanya orang dan player pernah main sahaj yang nampak.hehe....ok lah kalau korang tanya aku kena beli ke tak game ni,aku cadangkan tunggu lambat sikit pun takper tak yah nak terburu-buru sangat main,kalau boleh beli pre-owned game pun tak per,hehehe...ok selamat bermain dan ingat 'don't drink and drive,if u need speed,just play  NEED FOR SPEED..

berikut adalah statistik aku,   
ORIGINALITY: 3/5
Seperti biasa-biasa dan kebanyakan game racing yang terdapat dalam pasaran,race kemudian menang,macam ketandusan idea la diorang ni,cumanya yang boleh tahan kal ini ada jalan cerita yang meningkat serta plot yang menarik diikuti,selain dari itu ketulenan game ni seperti sebelum ni juga.average tahap biasa-biasa sahaja.

AUDIO/GRAFIK: 3/5 
Audio sound dalam game boleh tahan,detail dan cukup jelas didengari,dan tetapi sound track setakat biasa-biasa sahaja takder killer song dalam game kali ini,grafik memang cantik tahap gaban,memang uptodate la detail alam semulajadi dan scenery yang tak jemu di lihat.


KETAGIHAN: 2/5
Aku main game ni sekali round sahaja,maksudnya dah menang sekali mcm malas nak main lagi.tak rasa macam nak ulang lagi buat masa ni,mungkin faktor game racing yang kadang kala bosan melalui track yang sama,atau mungkin aku ni seorang pemandu yang pemarah,hehe ye la game racing ni kena di mainkan oleh orang penyabar,asyik langgar kereta je dah fed-up setakat orang yang suka fast adventure tak sesuai,hehe

MULTIPLAYER/ONLINE :3/5
Server unutk main online ok,tak da masalah lagi aku tengok masa ni,lancar dan match making pun tak jadi masalah jangan risau kalau korang level rendah akan race dengan yang sama dengan korang juga.Lagg kadang-kadang ada juga,tapi bergantung pada time korang main,kalau time waktu puncak memang lagg.Kalau ada kawan add sebagai buddy boleh race sama-sama dan Autolog yang menarik dan kompetetif dan mengalakan saingan secara sihat.

KESELURUHAN: 3/5
Overallnya game ni memang di tahap biasa sahaja,mungkin jalan cerita dan beberapa elemen yang baru membuatnya menarik sedikit dan unik dari beberapa game NFS sebelum ini.Cinematic action dan Frostbite engine mungkin menjadi pencetus kepada game game EA selepas ini dan banyak lagi game lain akan mengikuti jejaknya.Kalau korang suka game racing dan mengharapkan NFS:the Run untuk mencari keseronokan,mungkin ada yang merasa ianya sedikit kekecewaan,tapi jika bermain setakat kasual dan enjoy memang sesuai.apapun keputusan ditangan korang ok.enjoy and happy gaming.peace!
Sam Harper&Jack Rouke

Wednesday 7 December 2011

statistik

STATISTIK/MARKAH
Ada orang tanya aku apa peranan stat yang selalu aku tulis di akhir review tu.So aku bercadang nak buat satu explaination mcm mana pandangan aku terhadapt pada satu game tersebut,so stat atau markah yang aku berikan pada setiap game adalah beradasarkan pendapat aku pada game ni,ianya mungkin bercangah dengan setiap individu dan pihak.Setiap stat aku bahagikan kepada beberapa faktor antaranya ialah:
Playstation

ORIGINALITY (markah penuh 5)
Original bermaksud game ni tidak diciplak dari game lain2 secara total,setakat  20% scene atau gameplay tu sikit2 boleh accept la jgk,kalau dah semua dari segi gameplay/skill,graphic,audio memang ke 'tong sampah la jawabnya' then sesuatu game tu nak jadi game terbaik kena lah ada originality nyer,Bagaimana kalau cedok/adaptasi dari movie?so kena tengok keadaan berapa % yg diorang cedok..then tgk mcm mana game tu,kadang2 ada scene movie yang menarik developers akan masuk dalam game itu,contohnya scene dalam movie terminator 2 Arnold naik motor kena kejar dengan T2000 telah dicedok dalam satu stage COD:black ops semasa  Alex Mason nak melepaskan diri dari penjara Vorkuta naik motor so adalah beberapa scene yang sama,,so aku rasa boleh accept la juga sebab sikit je.

AUDIO/GRAFIK(markah penuh 5)
Audio sound dalam game ni macam mana?Aku akan perhatikan dari segi detail bunyi effect dalam game tu termasuklah suara karekter2 dlm game tu,soundtrack,theme song kalau ada,Setengah game memang menitik beratkan dalam hal ini,sehingga sekecil-kecil bentuk bunyi pun diorang akan masuk.Itu yang aku perhatikan dan respek,then dari segi grafik mestilah luas skopnya detail dari segi pakaian karekter,kemudian dari segi alam/nature/environment sekeliling,dan interaktif dengan alam sekeliling pun aku tengok juga,dan macam2 lagi yg aku perhatikan

KETAGIHAN(markah penuh 5) 
Kalau korang ni seorang manusia normal mesti sekali-sekala bila dah lama tak main game tu mesti akan rasa nak ulang balik main game tu kan,tipu lah kalau korang dah habis main game tu atau dah menang ke mesti tak nak main balik kan hehe,,betul tak?Begitu juga dengan aku,Serius aku cakap aku masih  main lagi game TETRIS (8-bit Famicon)tu lagi,excitebike pun sama.Command & Conquer generals tu aku layan lagi sampai sekarang tak tahu nak ckp mcm mana nak kata,.heheh tp ketagihnya aku  pada TETRIS tu nak kata grafik tetris tu tak la cantik sgt,tp entah la aku rasa mcm tenang bile main game tu. hehe.So aku rasa ketagihan ni perlu dalam sesuatu game tu.Ialah masakan tidak Mario Bros boleh jadi legend kalau ada orang yang masih ketagih main game tu lagi kan?
Tetris 8 bit
MULTIPLAYER/ONLINE(markah penuh 5) 
Ada orang suka main beramai-ramai dengan kawan-kawan mereka,tak kira la secara online ke,LAN di cybercafe,tapi apa yang pasti satu-satu game tu mesti ada support Multiplayer ni,Huraian aku termasuklah dari segi Server yang developer sediakan,dari segi lagging,Ping dalam game tu,dari segi berapa ramai yang boleh main dalam game tu,ramai ke tak boleh main dalam satu-satu masa.

KESELURUHAN(markah penuh 5)
Huraian secara keseluruhanya tentang game tersebut yang aku buat,kat sini aku akan cadang kat korang sama-ada nak beli ke atau tidak game tu,samada ianya bernilai tak dengan wang ringgit yang korang spent kan tu(tapi keputusan tetap ditangan korang ok)aku hanya beri pandangan pada game tersebut sebab ianya duit korang hehe,apapun aku akan galakan korang beli yang ori ok,NO JACK SPARROW version ok,support la sikit our local gamestore.:-) Lagipun tak rugi korang beli game ori ni,kalau contohnya PS3 aku dengar boleh trade in.boleh jual semula,kalau korang sayang tak yah jual,buat collection,satu masa game tu dah naik harga ke,jadi 'rare game' ke korang boleh jual balik.

Update 02/12/11: Oh ya mengenai game yang ada update atau  DLC serta patch dari masa kesemasa tu  macam mana?contohnya macam game mmorpg yang senantiasa di Patch?so aku akan huraiakan juga Statnya juga mungkiin berubah dari masa kesemasa,sebab tak adil la kita nak judge game ni dari version bawak keluar dari kedai dan pertama tu,jadi kadang-kadang pemantaun dari game developers tu yang penting untuk buat game tu lebih menarik,ye la contohnya kalau dengan Bug,error,yang tak di update spoil juga betul tak?,dengan banyak  'glitch' la kadang tu aku jumpa dalam setengah game-game tu aku juga akan update tarikh dan event2 yang menarik dari game tersebut.So stay tune 'happy gaming'
Famicom 8-bit hehe banyak memori game ni